Jerebu: Sultan Pahang nasihat rakyat jaga kesihatan, ambil langkah berjaga -jaga

LocalHealth & Fitness
25 Aug 2026 • 6:55 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Jerebu: Sultan Pahang nasihat rakyat jaga kesihatan, ambil langkah berjaga -jaga

Sultan Pahang menasihatkan rakyat berjaga-jaga susulan jerebu semakin buruk, termasuk memakai pelitup muka dan kurangkan aktiviti luar

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan rakyat supaya sentiasa menjaga kesihatan dan mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu yang dilaporkan semakin buruk di beberapa kawasan, khususnya di Kuala Lumpur.

Al-Sultan Abdullah menasihatkan kepada orang ramai, terutamanya kanak-kanak, warga emas, ibu mengandung serta individu yang mempunyai masalah kesihatan untuk memakai pelitup muka ketika berada di luar dan mengurangkan aktiviti luar sekiranya keadaan jerebu bertambah buruk.

Baginda bertitah rakyat di negeri Pahang juga perlu sentiasa peka terhadap tahap kualiti udara semasa dan mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami masalah kesihatan akibat jerebu.

“Kesihatan dan keselamatan rakyat hendaklah sentiasa diberi keutamaan. Ambillah langkah pencegahan yang sewajarnya termasuk memakai pelitup muka, minum air secukupnya dan mengurangkan pendedahan kepada udara yang tercemar,” titah baginda menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang. 

Al-Sultan Abdullah berharap seluruh rakyat sentiasa menjaga kesihatan diri, mengutamakan kesejahteraan keluarga serta mematuhi nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved