7 negeri catat cuaca panas tahap berjaga-jaga

LocalEnvironment
23 Aug 2026 • 5:20 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 7 negeri catat cuaca panas tahap berjaga-jaga

PETALING JAYA – Terdapat 10 kawasan di Semenanjung mencatatkan cuaca panas Tahap 1 (Berjaga-Jaga) petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, cuaca panas itu direkodkan di beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Pahang, Selangor dan Johor.

“Kawasan mencatatkan cuaca panas Tahap 1 ialah di Kuala Kangsar, Kampar, Batang Padang di Perak serta Machang dan Kuala Krai di Kelantan.

“Selain itu, di Temerloh dan Pekan Pahang, serta Hulu Selangor dan Gombak di Selangor,” katanya.

MetMalaysia berkata, cuaca panas Tahap 1 juga direkodkan di Segamat, Johor pada petang ini.

Dalam pada itu, MetMalaysia memaklumkan terdapat empat kawasan di Sabah berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Beufort, Tenom, Pitas & Beluran

“Di Sarawak, terdapat tiga kawasan di Sarawak berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Limbang, Telang Usan dan Marudi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post 7 negeri catat cuaca panas tahap berjaga-jaga appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved