
JAKARTA – Seorang kanak-kanak lelaki di Kalimantan terpaksa memakai alat bantuan pernafasan semasa belajar di dalam rumahnya, lapor laman berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform Threads oleh akaun @chellygining menunjukkan kanak-kanak lelaki itu sedang duduk di hadapan meja sambil menggunakan alat bantuan pernafasan.
Dia terpaksa memakai alat tersebut susulan jerebu tebal yang tercetus akibat kebakaran hutan dan tanah di Indonesia.
Meskipun sekolah ditutup dan sesi pembelajaran dialih kepada dalam talian selama hampir tiga bulan, ramai kanak-kanak masih terjejas akibat pencemaran udara yang semakin buruk.
Rakaman itu mencatatkan lebih 34,000 tanda suka dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Anak-anak tetap terjejas walaupun di rumah mereka sendiri,” kata seorang netizen.
“Gabenor di sana (Kalimantan) juga zalim kerana membuat kenyataan yang bercanggah dengan realiti,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post Jerebu tebal, budak lelaki terpaksa pakai alat bantuan pernafasan dalam rumah appeared first on Kosmo Online.





