“Adab Mana?” – Pemuda ‘Acah’ Nak Tumbuk Pemandu Warga Emas Raih Kecaman [Video]

16 Jul 2025 • 11:15 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Memandu atau menunggang motosikal di jalan raya terkadang boleh menyebabkan seseorang menjadi tertekan dan ‘naik darah’.

Mana tidaknya, sehingga kini masih ada segelintir pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan serta memandu secara berbahaya.

Namun, walau apa pun yang berlaku itu bukan lah alasan untuk kita menggunakan kekerasan atau hilang rasa hormat terhadap individu lain terutamanya mereka yang lebih berusia berbanding kita.

Tular pemuda gertak ingin tumbuk pemandu warga emas

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seseorang pemuda mengacah ingin menumbuk seorang pemandu warga emas di sebuah kawasan jalan raya.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun Facebook Mohamad Asrafudin Ridzwan, kejadian berkenaan dipercayai tercetus selepas kedua-dua lelaki itu terlibat dalam satu kemalangan.

“Bekeng (baran) saja, adab mana adab? Semoga semuanya baik-baik hendaknya,” tulis di kapsyen.

Pemuda cuba rampas sesuatu dari tangan pemandu warga emas

Dalam video itu, kelihatan penunggang motosikal berbaju putih terbabit seakan cuba meminta sesuatu dipercayai kad pengenalan milik warga emas tersebut.

“Aku cakap bagi, bagi jela!” jerkah pemuda terbabit dengan penuh biadab.

Malah dia juga bertindak memarahi dan mengetuk Perodua Kancil yang dipandu oleh warga emas berkenaan sehingga menyebabkan visor salah satu pintu kereta terbabit tercabut.

Turut kelihatan beberapa pengguna jalan raya lain yang cuba menenangkan pemuda itu agar tidak bertindak sehingga memukul warga emas tersebut.

Netizen pakat kecam, tak dapat bayangkan jika warga emas terbabit ayah mereka

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan pemuda itu kerana bertindak sedemikian terhadap individu yang jauh lebih berusia berbanding dirinya. Malah mungkin berusia sama seperti bapanya.

Kebanyakan netizen turut berpendapat terdapat pelbagai lagi cara yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan permasalahan berkenaan daripada menggunakan kekerasan.

Malah, ada juga yang tidak dapat membayangkan sekiranya warga emas itu adalah bapa mereka dan dilayan sebegitu rupa.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available