'Jika mereka datang dengan niat baik, kami terima' - Keluarga Irene Sofiya

5 Oct 2026 • 3:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Jika mereka datang dengan niat baik, kami terima' - Keluarga Irene Sofiya
Siti Nur Faeza (kanan) berkata, mereka tidak menutup pintu kepada mana-mana pihak yang mahu hadir dengan niat baik, termasuk keluarga suspek.
Image from: 'Jika mereka datang dengan niat baik, kami terima' - Keluarga Irene Sofiya
Irene Sofiya yang maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, petang Sabtu.
Image from: 'Jika mereka datang dengan niat baik, kami terima' - Keluarga Irene Sofiya
Rumah nenek Allahyarham Irene Sofia di Kampung Parit Selamat Yong Peng masih dikunjungi orang ramai.

BATU PAHAT - Keluarga Allahyarham Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal yang dipercayai dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, bersedia menerima kunjungan keluarga suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kematian pelajar Tingkatan Empat itu.

Ibu saudara mangsa, Siti Nur Faeza Khyar, 45, berkata, mereka tidak menutup pintu kepada mana-mana pihak yang mahu hadir dengan niat baik, termasuk keluarga suspek.

“Kalau keluarga nak datang atau apa-apa, kami akan terima.

“Kalau datang dengan hati yang terbuka, kami akan terima semua,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, di Kampung Parit Selamat, Yong Peng di sini, pada Isnin.

**media[3668321]**

Dalam pada itu, merakamkan penghargaan kepada Raja Permaisuri Agong atas keprihatinan dan kesudian baginda berangkat menziarahi mereka.

“Kami ingin berterima kasih kepada Raja Permaisuri Agong atas perhatian dan kesempatan untuk bertemu dengan kami serta memberikan sedikit nasihat kepada keluarga,” katanya.

Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menziarahi keluarga Irene Sofiya di Kampung Selamat, Yong Peng, hari ini.

**media[3668316]**

Irene Sofiya, 16, ditemukan maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Sabtu lalu.

Susulan kejadian itu, tiga pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan bagi membantu siasatan, manakala seorang daripada mereka direman enam hari mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved