
PETALING JAYA: Pelakon, Fabian Loo, 36, memaklumkan yang dia tidak akan melakonkan mana-mana watak yang lebih muda berbanding usia sebenarnya.
Menurut Fabian, hal demikian kerana watak berkenaan tidak bersesuaian dengan rupa parasnya yang kelihatan lebih matang.
“Adakalanya watak yang ditawarkan tidak bersesuaian dengan saya.
“Contohnya, watak yang usianya terlalu muda, terlalu mencabar untuk saya.
“Kalau usia watak itu lingkungan 30-an, mungkin saya pertimbangkan.
“Namun jika terlalu muda, mungkin saya akan tolak,” katanya yang ditemui sempena majlis tayangan dan pelancaran filem Peluru Senja (The Ghost and The Gun), baru-baru ini.
Fabian dalam pada meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kerana diterima baik oleh penggembar perfileman Melayu.
“Saya anggap perhatian peminat sebagai satu tanggungjawab.
“Sebab itu, apabila melakonkan satu-satu watak, saya akan buat yang terbaik mengkaji lebih dalam watak tersebut,” ujarnya.
Mengulas mengenai filem Peluru Senja, Fabian mengakui berdepan pelbagai cabaran membawakan watak Chin Liu, seorang pengganas yang sikap gara-gara dendam lama.
“Cabarannya adalah untuk secara punca kenapa watak ini berubah sikap.
“Pada pandangan saya, tak ada satu pun manusia dalam dunia ini nak jadi jahat. Mereka ada alasan kenapa mereka jadi jahat. Mungkin dendam atau apa sahaja.
“Kerja saya adalah menggali lebih dalam karakter ini, mencari punca kenapa dia berubah sikap,” ujarnya.- UTUSAN
The post Jika watak 20-an, mungkin saya tolak – Fabian Loo appeared first on Utusan Malaysia.





