Empat warga asing disyaki Rohingya ditahan kes pecah rumah

15 Sep 2026 • 12:01 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Empat warga asing disyaki Rohingya ditahan kes pecah rumah

BAGAN SERAI – Empat warga asing dipercayai Rohingya terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berusia antara 18 hingga 24 tahun ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam empat kes curi dan pecah rumah di Kerian serta Manjung.

Kesemua suspek ditahan dalam serbuan di Ayer Tawar, Manjung kira-kira pukul 3.30 pagi, 13 September lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintenden Wan Abdullah Wan Said berkata, polis turut merampas sejumlah barangan dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

Antara yang dirampas ialah barang kemas, telefon bimbit, komputer riba, beg, papan nombor pendaftaran kenderaan dan dua kenderaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kumpulan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan empat kes, masing-masing dua di Kerian dan dua di Manjung.

“Kumpulan ini dipercayai menggunakan modus operandi dengan mendekati mangsa menggunakan alasan tertentu sebelum melakukan kecurian di kediaman mangsa,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, polis kini masih mengesan dua lagi individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

Katanya, kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Taiping bagi permohonan reman bagi membantu siasatan lanjut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Sarjan Muhammad Aidil Ashraff Azman di talian 014-237 3103 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

The post Empat warga asing disyaki Rohingya ditahan kes pecah rumah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved