“Patutnya keluar 3 September” – Budak 9 Tahun Antara 6 Individu Hilang Ketika Daki Gunung Trans Gerah

7 Sep 2026 • 10:27 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

6 individu hilang budak 9 tahun trans gunung gerah

Enam individu termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dilaporkan dikhuatiri hilang ketika mendaki Gunung Trans Gerah di Gua Musang.

Menurut laporan, enam individu terdiri daripada empat sekeluarga iaitu Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, dan isteri Siti Zulaikha Norizan, 39, serta dua anak mereka iaitu Diya Raisha, 13, dan Ahmad Raief, 9. Manakala dua malim gunung yang dikenal pasti ialah Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 43.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, kumpulan itu yang memiliki permit memasuki hutan melalui Pos Dakoh, Lojing, Gua Musang pada 29 Ogos dan sepatutnya tiba di Pos Kemar di Perak pada 3 September lalu.

Menerusi semakan Jabatan Perhutanan, lokasi terakhir menunjukkan kumpulan itu sudah berada di kawasan hutan Perak sebelum terputus hubungan.

Ekoran itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah digerakkan yang disertai pihak berkuasa serta pasukan malim gunung.

Laluan agak mencabar, Trans GBB bukan laluan komersial

Seorang malim gunung yang enggan dikenali berkata, pihaknya tidak menganggap kumpulan terbabit sesat, sebaliknya mungkin mengambil masa lebih lama kerana terpaksa menempuh laluan sukar.

“Trek yang mereka lalui dalam ekspedisi laluan penuh membabitkan Gunung Gerah, Bilah dan Bieh yang dikenali sebagai Trans GBB bukan laluan komersial dan jarang dimasuki orang, mungkin hanya sekali atau dua kali setahun.

“Laluan ini agak mencabar kerana dipenuhi pokok buluh dan pokok tumbang menyebabkan mereka terpaksa merintis semula trek sehingga melambatkan pergerakan,” katanya.

Pihaknya yakin kumpulan terbabit berada dalam keadaan selamat kerana dua malim gunung yang menyertai mereka sangat berpengalaman dengan selok belok laluan itu.

Justeru, mereka berharap dapat bertembung dengan kumpulan itu yang sepatutnya dalam perjalanan turun.

Jelasnya lagi, dalam operasi SAR ini, komunikasi dijangka menjadi antara cabaran utama kerana tiada liputan telefon dan walkie-talkie di laluan terbabit.

Sementara itu, pasukan bomba mengesan kumpulan terbabit dengan bantuan helikopter bermula hari ini.

Sumber: Harian Metro

Sumber: IG ram_jungle

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved