Empat warga asing dipercayai Rohingya ditahan mencuri, pecah rumah

15 Sep 2026 • 11:12 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Empat warga asing dipercayai Rohingya ditahan mencuri, pecah rumah

BAGAN SERAI: Empat warga asing dipercayai Rohingya, terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berusia antara 18 hingga 24 tahun, ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam empat kes curi dan pecah rumah di Kerian serta Manjung.

Kesemua suspek ditahan dalam serbuan di Ayer Tawar, Manjung, kira-kira pukul 3.30 pagi pada 13 September lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintenden Wan Abdullah Wan Said berkata, polis turut merampas sejumlah barangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

Antara barangan dirampas ialah barang kemas, telefon bimbit, komputer riba, beg, papan nombor pendaftaran kenderaan dan dua kenderaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kumpulan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan empat kes, masing-masing dua di Kerian dan dua di Manjung.

“Kumpulan ini dipercayai menggunakan modus operandi dengan mendekati mangsa menggunakan alasan tertentu sebelum melakukan kecurian di kediaman mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, polis kini masih mengesan dua lagi individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

Katanya, kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Taiping bagi permohonan reman untuk membantu siasatan lanjut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Sarjan Muhammad Aidil Ashraff Azman di talian 014-237 3103 atau mana-mana balai polis berhampiran. – UTUSAN

The post Empat warga asing dipercayai Rohingya ditahan mencuri, pecah rumah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved