JIM nafi kenyataan Rohingya bukan PATI! Pemegang kad UNHCR tetap tertakluk Akta Imigresen

LocalPolitics
7 Sep 2026 • 11:50 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengeluarkan kenyataan warga Rohingya bukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pelarian yang memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang sah masih tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Menurutnya, pemegang kad UNHCR boleh dikenakan tindakan seperti PATI sekiranya melakukan kesalahan imigresen lain, termasuk bekerja tanpa pas atau permit yang sah.

“Majikan yang menggaji pelarian pemegang kad UNHCR tanpa kebenaran yang sah juga boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang.
“Pengecualian hanya melibatkan dua kesalahan di bawah Akta Imigresen, iaitu kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah serta kesalahan tinggal lebih masa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Image from: JIM nafi kenyataan Rohingya bukan PATI! Pemegang kad UNHCR tetap tertakluk Akta Imigresen

Zakaria berkata, pengecualian terhadap kedua-dua kesalahan berkenaan tidak bermaksud pemegang kad UNHCR dikecualikan daripada mematuhi peruntukan lain di bawah Akta Imigresen.

Beliau berkata, pengurusan pelarian dan pemohon suaka di Malaysia dilaksanakan berdasarkan dasar kerajaan yang diselaraskan melalui Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No.23 serta Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelarian dan Pemohon Suaka yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan JIM turut dipertanggungjawabkan melaksanakan pendaftaran pelarian serta pemohon suaka melalui Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP).

“Pelaksanaan DPP bertujuan membolehkan Kerajaan mempunyai data yang lebih menyeluruh dan teratur berkaitan keberadaan pelarian dan pemohon suaka di Malaysia.
“Sebarang keputusan berkaitan pengurusan pelarian ini adalah tertakluk dasar yang ditentukan oleh MKN melalui Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelarian dan Pemohon Suaka,” katanya.

Sumber: FB Jabatan Imigresen Malaysia

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved