JKM sedia beri khidmat kaunseling kepada keluarga Irene Sofiya

6 Oct 2026 • 2:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: JKM sedia beri khidmat kaunseling kepada keluarga Irene Sofiya
JKM bersedia memberikan khidmat kaunseling kepada keluarga Irene Sofiya yang disyaki dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor.

NIBONG TEBAL - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia memberikan khidmat kaunseling kepada keluarga pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal yang disyaki dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor.

Ketua Pengarah JKM, Datuk Che Murad Sayang Ramjan berkata, jabatan itu mempunyai kaunselor yang bersedia memberikan perkhidmatan tersebut jika diperlukan keluarga mangsa.

"Tetapi pada masa ini, biarlah kita memberi ruang kepada keluarga untuk bertenang. Apabila mereka bersedia mendapatkan pertolongan daripada kami, insya-ALLAH kami bersedia pada bila-bila masa,” katanya.

Irene Sofiya maut dibunuh: Hasrat 'staycation' sambut hari lahir tinggal kenangan

Che Murad Sayang berkata demikian selepas Majlis Penutup Kampung Angkat Madani JKM 2026 di Kampung Sungai Setar Besar, Sungai Acheh di sini hari ini.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka diberikan kekuatan untuk menghadapi kehilangan itu.

Irene Sofiya ditemukan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di dewan sekolah itu pada kira-kira 5.50 petang Sabtu lepas.

Susulan itu, polis menahan tiga pelajar lelaki berusia 16 tahun bagi membantu siasatan dengan seorang daripada mereka direman hingga 9 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved