BATU PAHAT - “Kenapa buat (bunuh) cucu saya macam itu? Apa salah cucu saya?"
Demikian rintihan Khyar Abas, 69, datuk kepada Irene Sofiya Mohd Kharool Faisal, 16, yang maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng ketika ditemui Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Kampung Parit Selamat, dekat sini pada Isnin
Khyar berkata, dia masih sukar menerima kehilangan cucunya itu, lebih-lebih lagi selepas mengetahui Fiya menjadi mangsa perbuatan kejam.
“Kalau saya menangis sekalipun, Fiya tidak akan kembali. Saya cuma kesal kenapa Fiya menjadi mangsa kejam?
“Saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut. Berilah balasan yang setimpal kepada mereka yang melakukan perbuatan ini,” katanya.
**media[3668508]**
Dalam pada itu, Khyar berkata, selepas menunaikan solat Subuh pada pagi Isnin, dia masih terasa seolah-olah cucunya berada di rumah seperti kebiasaannya sebelum ke sekolah.
ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuh
Pelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolah
Pelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudara
Pelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - Exco
Pelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - Rakan
Pelajar maut dibunuh: 3 pelajar lelaki ditahan, seorang direman pagi ini
Irene Sofiya maut dibunuh: Pelajar lelaki direman enam hari
Irene Sofiya maut dibunuh: Polis rampas telefon bimbit, pakaian suspek
Malah katanya, hati sebak dan air mata tidak dapat ditahan apabila mengenangkan cucunya tidak pernah lupa bersalaman dengannya setiap kali mahu ke sekolah.
“Saya rindu salam daripada Fiya, terutama setiap kali mahu ke sekolah.
“Pagi tadi, baru saya sedar Fiya sudah tiada dan sebab itulah saya kena kuat untuk menghadapi dugaan ini,” katanya.
Irene Sofiya dijaga oleh datuk dan neneknya sejak berusia sembilan tahun selepas ibunya meninggal dunia akibat kanser hati.
Bapanya bekerja sebagai seorang jurutera di Bangi, Selangor dan Irene Sofiya berazam menjadi seorang doktor mengikut jejak langkah ibunya.






