“Kami Sambut Macam Tetamu Lain” – Keluarga Irene Sofiya Sedia Terima Kunjungan Keluarga Budak Lelaki Dipercayai Suspek Pembun*han Anak

6 Oct 2026 • 10:08 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Rumusan Artikel

    • Keluarga Irene Sofiya bersedia menerima kunjungan keluarga suspek jika mereka datang.

    • Setakat ini, keluarga suspek didakwa belum menghubungi atau mengunjungi keluarga mangsa.

    • Keluarga Irene menjunjung kasih kepada Raja Permaisuri Agong atas kunjungan baginda.

    • Telefon bimbit dan beg galas milik Irene masih belum ditemui.

 

Keluarga Allahyarham Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, yang ditemui maut dipercayai dibunuh di dalam dewan sekolahnya di Yong Peng, Johor, bersedia menerima kunjungan keluarga suspek sekiranya mereka datang.

Advertisement

Ibu saudara mangsa, Siti Nur Faeza Khyar, 45, berkata setakat ini pihak keluarga belum menerima sebarang panggilan atau kunjungan daripada keluarga suspek lelaki berhubung kejadian tersebut.

“Kalau dia (keluarga suspek) datang, kami terima (sambut) seperti tetamu lain,” kata Siti Nur Faeza.

keluarga irene sofiya

Sedia Terima Kunjungan Keluarga  Suspek

Menurutnya, keluarga mereka masih buntu dengan apa yang berlaku, namun tetap terbuka untuk menerima kunjungan keluarga suspek.

“Setakat yang saya tahu mereka tidak datang ke sini. Kami sebenarnya masih buntu dan katakanlah kalau keluarga mereka nak datang, kami akan terima.

“Kami akan menyambut kedatangan mereka sebagaimana tetamu lain,” katanya ketika ditemui di rumah ibu bapanya di Kampung Parit Selamat, Yong Peng, hari ini.

Junjung Kasih Kepada Raja Permaisuri Agong

Dalam perkembangan sama, Siti Nur Faeza turut mewakili keluarga menjunjung kasih kepada Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah atas perkenan baginda menziarahi keluarga mereka.

“Dia Tak Berminat Bercinta, Nak Fokus Pelajaran” – Polis Dedah Punca Kematian Irene Sofiya

“Saya mewakili keluarga menjunjung kasih kepada Raja Permaisuri atas keprihatinan, kesudiannya untuk mencemar duli berjumpa dengan kami sekeluarga,” katanya.

Perkembangan Barang Milik Arwah Irene

Siti Nur Faeza turut memaklumkan bahawa telefon bimbit dan beg galas milik Allahyarham Irene Sofiya masih belum ditemui sehingga kini.

“Kami belum mendapat sebarang perkembangan terkini mengenai barangan milik arwah,” katanya. – HARIAN METRO

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pdrm irene2026-10-05 16:00:31

Trauma Tumpul Di Kepala Punca Kematian Pelajar 16 Tahun Di Yong Peng, PDRM Jamin Tiada ‘Cover-Up’

The post “Kami Sambut Macam Tetamu Lain” – Keluarga Irene Sofiya Sedia Terima Kunjungan Keluarga Budak Lelaki Dipercayai Suspek Pembun*han Anak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved