Joan Mir Sertai Gresini Ducati, Bakal Jadi Pelumba Utama Dengan Jentera Spek Kilang Pada 2027

2 Jul 2026 • 7:54 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: Joan Mir Sertai Gresini Ducati, Bakal Jadi Pelumba Utama Dengan Jentera Spek Kilang Pada 2027

Pasukan Gresini Ducati secara rasmi mengumumkan kemasukan bekas juara dunia MotoGP, Joan Mir, bagi menghadapi musim 2027. Juara dunia MotoGP 2020 itu akan bergandingan dengan rookie, Dani Holgado, sekali gus membawa gabungan pengalaman dan bakat muda dalam barisan pelumba Gresini.

Kehadiran Mir bukan sekadar mengisi kekosongan yang ditinggalkan Alex Marquez, malah beliau dijangka mengambil alih status sebagai pelumba utama pasukan.

Seperti yang diketahui umum, Gresini merupakan antara pasukan satelit Ducati yang menerima satu unit jentera spesifikasi kilang (factory specification), iaitu spesifikasi terkini yang sama digunakan oleh pasukan Lenovo Ducati Team. Sebelum ini, kelebihan tersebut dinikmati oleh Alex Marquez, dan bermula musim 2027, giliran Joan Mir pula akan menggunakan jentera berstatus factory itu.

Sebagai pelumba yang menerima jentera spesifikasi terkini, Mir dijangka menjadi keutamaan dari segi pembangunan motosikal serta kemas kini teknikal sepanjang musim, manakala rakan sepasukannya, Dani Holgado, dijangka menggunakan spesifikasi yang berbeza mengikut perancangan Ducati.

Bagaimanapun, musim 2027 bakal membuka lembaran baharu buat semua pasukan dan pelumba apabila MotoGP beralih kepada enjin 850cc di bawah peraturan teknikal baharu. Ini bermakna semua jentera akan dibangunkan dari sifar, sekali gus memberi peluang yang lebih seimbang kepada setiap pengeluar untuk memulakan era baharu MotoGP.

Setakat ini, Ducati dan Gresini masih belum mendedahkan butiran penuh mengenai status Mir sebagai pelumba factory, termasuk tahap sokongan teknikal, struktur kru serta perincian kontrak berkaitan pembangunan jentera.

Apa yang pasti, pengalaman Joan Mir sebagai juara dunia dijangka memainkan peranan penting dalam membantu Gresini menghadapi cabaran besar memasuki era 850cc bermula musim 2027.

The post Joan Mir Sertai Gresini Ducati, Bakal Jadi Pelumba Utama Dengan Jentera Spek Kilang Pada 2027 appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved