Jofliam Bernazar Bagi Pizza ‘Free’, Tapi Ramai Tak Puas Hati? – “Sembang Macam Satu Kotak, Rupanya..”

LocalFood
29 Aug 2025 • 3:31 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, semalam, usahawan pizza wagyu popular iaitu Jofliam telah pun mengagihkan pizza percuma susulan dia nazarnya yang sebelum ini.

Dapat dilihat dalam video-video yang tular di platform media sosial, khemah Jofliam, semalam, dipenuhi dengan ramai orang yang beratur mahu mengambil pizza percuma itu.

image is not available

Bagaimanapun, nampaknya kebanyakan yang hadir meluahkan rasa kecewa susulan Jofliam hanya memberikan satu slice pizza sahaja, sedangkan cara dia berjanji seakan-akan mahu memberi sekotak pizza percuma.

Lagi mengecewakan, hanya satu daging pepperoni sahaja yang diletak di atas pizza dan itu membuatkan netizen berasa tidak berbaloi orang ramai beratur panjang bagi mendapatkan kualiti pizza sedemikian.

image is not available

Malah, ada yang membandingkan pizza percuma yang diberikan oleh pasangan pempengaruh, Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina, di mana didakwa kualitinya jauh lebih baik serta kuantiti juga banyak.

image is not available 2025-08-28 17:02:48

Jofliam Uli Doh Pizza Atas Meja Tapi Kucing Berkeliaran Di Rumah? - "Pihak Berkuasa Sila Bertindak, Sita 2 Minggu!"