Jofliam & Dewi Bercuti, ‘Glamping’ Mewah Di Sebelah Hutan Misteri Aokigahara, Jepun – “So far, Tak Ada Hantu Pun”

10 Jul 2025 • 12:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pempengaruh dan usahawan Piza Wagyu, Jofliam berkongsi pengalamannya bercuti bersama isteri, Emira Delyati atau Dewi.
 

Glamping mewah di lokasi misteri

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, Jofliam memaklumkan dia kini bercuti di salah satu tempat dalam senarai  ‘wishlist’ miliknya iaitu kawasan pergunungan Fuji, Jepun.

Menurut Jofliam, apa yang lebih mengujakan dalam percutiannya ini adalah pengalaman mereka menginap di glamping mewah berdekatan lokasi penuh misteri, Aokigahara iaitu hutan yang cukup dikenali sebagai tempat ‘berhantu’ dan penuh kisah tragis.

“Antara ‘wishlist’ di Fuji, camping style tapi versi selesa berdekatan dengan Aokigahara tempat famous orang bunuh diri dekat sini.

“Sebenarnya seberang jalan sahaja. Depan sikit dah Nansawa Cave Village. Vintage trailer saya terletak di hutan Motosu, lake Motosu daerah Fujikawaguchiko.

“Tapi nak ke bandar Fujikawaguchiko itu pun dah 45 minit. Kira jauh ke dalam hutan. Vintage trailer ni boleh duduk 6 hingga 8 orang.

“Jadi kalau kongsi mungkin tak rasa besar sangat nilai per night. Macam saya berdua sahaja. Duduk pula 3 malam,” jelasnya.

 

 

 

 

Tiada gangguan misteri

Bagaimanapun kata Jofliam, sepanjang berada di tempat percutian tersebut, dia dan isteri tidak mengalami apa-apa gangguan misteri.

“Sauna, semua ada. Water pressure pun sangat okay. Siapa nak cuba duduk dalam hutan, tak ada gangguan.

“Pengalaman betul ke ada hantu, saya sangat recommend tempat ni. Cuma, mana-mana tempat, sini jam 9 malam dah kena stop semua gangguan bunyi. Setakat ini tak ada hantu pun,” ujarnya.

Berikut merupakan perkongsian penuh Jofliam: 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Jofliam (@jofliam)