Johan Setia antara tiga kawasan catat IPU tidak sihat tertinggi

LocalEnvironment
14 Sep 2026 • 3:23 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Johan Setia antara tiga kawasan catat IPU tidak sihat tertinggi

SHAH ALAM, 14 SEPT: Dua kawasan di Selangor mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, dengan Johan Setia merekodkan bacaan 161 dan Shah Alam 126 setakat jam 3 petang ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia mencatat bacaan ketiga tertinggi di negara ini selepas IPD Serian (181) dan Sri Aman di Sarawak (168).

Antara kawasan lain yang turut berada pada tahap tidak sihat ialah Pasir Gudang, Johor (156), Cheras, Kuala Lumpur dan Larkin, Johor masing-masing 155 serta Nilai, Negeri Sembilan (154).

Seremban dan Samarahan, Sarawak pula masing-masing mencatat IPU 153, diikuti Putrajaya (152), Pengerang, Johor (151), Kuching, Sarawak (143), Kluang, Johor (138) dan Tangkak, Johor (133).

Alor Gajah, Melaka mencatat bacaan 129, manakala Kota Tinggi, Johor 113 dan Seri Manjung, Perak 111.

Secara keseluruhan, 18 kawasan di seluruh negara berada pada tahap tidak sihat, 49 kawasan sederhana dan satu kawasan baik.

Tiada kawasan mencatat tahap sangat tidak sihat atau berbahaya.

Mengikut kategori IPU, bacaan 0 hingga 50 diklasifikasikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala melebihi 300 berbahaya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved