Jojo Bertekad Bangkit Semula, Ucap Terima Kasih Atas Sokongan Ramai

8 Jun 2024 • 8:58 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Jojo Bertekad Bangkit Semula, Ucap Terima Kasih Atas Sokongan Ramai

Jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar berkata beliau akan bangkit semula dari kekalahan yang dihadapinya pada hari ini.

Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo meluahkan perkara tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.

Kekalahan bukan penghalang bagi Jojo

“Jangan menilai saya ketika meraih kemenangan, nilailah bagaimana saya boleh bangkit dari kekalahan. Mama sangat memahami. Terima kasih untuk segala sokongan, ini hanyalah satu ‘halangan kecil’ dan saya akan bangkit semula. Terima kasih semua,” katanya.

Atlet yang berusia 18 itu juga terharu dengan sokongan padu yang dipamerkan oleh ibunya yang memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Dalam perlawanan pada hari ini, Jojo tewas kepada Nguyen Tran Duy Nhat, juara lima kali WMF Muay Thai dalam pertarungan ONE Championship di Bangkok, Thailand menerusi keputusan pengadil.

Anak kepada bekas Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak itu sebelum ini memegang rekod kemenangan 5-0 dalam siri pertarungan One Fight.

Imbas kembali, Jojo pernah menumbangkan pihak lawan dalam masa 16 saat sahaja dengan pukulan ‘knockout’ dalam perlawanan yang sama pada tahun 2023.

Jojo mendapat sokongan yang mantap dari rakyat Malaysia. Walaupun tewas dalam perlawanan pada hari ini, semangat dan ketangkasannya menghadapi pihak lawan mendapat pujian.

Rata-rata netizen juga memberikan kata semangat kepadanya kerana di usia yang masih muda ini, beliau masih mempunyai masa depan yang cerah.

Malah, ramai yang mengimpikan untuk melihat Jojo menumbangkan Rodtang suatu hari ini.

Dalam pada itu, menerusi satu temubual, Nguyen berkata Jojo mempunyai potensi besar untuk bergelar juara dunia ONE pada masa akan datang.

“Jojo masih muda dan kuat, dia memiliki strategi yang mantap dan pastinya akan menjadi juara dunia ONE Championship,” katanya.