Jorge Martin Yakin Boleh Berjuang Untuk Podium Musim Ini

14 Aug 2025 • 3:46 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Pelumba Aprilia Racing, Jorge Martin, memulakan musim MotoGP tahun ini dengan semangat dan keyakinan tinggi selepas berpindah dari Prima Pramac Racing. Peralihan ke jentera baharu memberi suntikan motivasi tambahan. Walaupun mengalami keadaan yang sukar pada awal musim, Martin mengakui dirinya dan pasukan kini lebih bersedia untuk bersaing di barisan hadapan.

“Pasukan dan saya sudah membuat persiapan rapi, dan saya yakin kami boleh berjuang untuk podium musim ini,” kata pelumba Sepanyol itu.

Martin turut menambah bahawa proses penyesuaian dengan Aprilia berjalan lancar, hasil kerjasama erat bersama jurutera dan kru teknikal yang membantunya memahami potensi sebenar motosikal RS-GP.

Musim ini tidak semuanya berjalan lancar buat Martin. Awal musim menyaksikan beliau mengalami kecederaan yang menjejaskan rentak, diikuti khabar angin mengenai hubungan yang tegang dengan pihak Aprilia. Malah, beliau baru sahaja kembali beraksi hanya 1 perlumbaan.

Kini, Martin menunjukkan kematangan dan ketenangan, bangkit dengan semangat baharu untuk menukar cabaran menjadi kekuatan. Dengan gabungan pengalaman, motivasi tinggi, dan pendekatan yang lebih matang, Martin yakin pasukannya mampu menjadi antara pencabar utama sekurang-kurangnya podium.