JPA kaji langkah tambah baik pendapatan penjawat awam

LocalPolitics
14 Sep 2026 • 12:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: JPA kaji langkah tambah baik pendapatan penjawat awam

PUTRAJAYA- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang mengkaji inisiatif yang boleh memberikan atau menambah baik aspek berkait pendapatan penjawat awam.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan berkata, bagaimanapun, perkara itu perlu dilihat dengan mengambil kira kemampuan kewangan kerajaan ketika ini.

“Sebenarnya, kalau kita berbicara tentang ketidakcukupan, sampai bila pun tidak akan ada yang mengatakan sudah cukup.

“Tetapi, kali ini kita boleh lihat dengan jelas di mana sebelum ini kita telah pun membuat satu penyelarasan gaji di dalam SSPA (Sistem Saraan Perkhidmatan Awam) dan ini tentunya perlu kita seimbangkan dengan kemampuan kewangan kerajaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Persidangan Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Dahlan berpandangan, gaji yang diterima penjawat awam ketika ini tidak berada di bawah paras kemiskinan.

“Pada pandangan saya, kita penjawat awam dengan gaji ada sekarang ini, tidak berada di bawah paras kemiskinan. Cuma bagaimana penjawat awam itu sendiri merancang perbelanjaan.

“Dan dalam masa yang sama, kita juga sedang mengkaji apa jua perkara yang boleh memberikan ataupun menambah baik lagi terkait dengan pendapatan penjawat-penjawat awam tersebut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post JPA kaji langkah tambah baik pendapatan penjawat awam appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved