JPJ buka bidaan nombor siri H sempena Hari Malaysia esok

LocalCars
15 Sep 2026 • 3:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: JPJ buka bidaan nombor siri H sempena Hari Malaysia esok
Aedy Fadly (tengah) melancarkan nombor pendaftaran istimewa siri H pada sidang akhbar Majlis Interaksi Bersama Media sempena Hari Malaysia di Presint Merdeka 118. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Nombor pendaftaran kenderaan istimewa siri H sempena Hari Malaysia dibuka untuk bidaan mulai Rabu ini hingga 20 September, menawarkan angka 1 hingga 9999.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, bidaan boleh dibuat menerusi aplikasi JPJeBid manakala keputusan akan diumumkan pada 21 September ini.

Beliau berkata, siri H istimewa kerana merupakan huruf tunggal terakhir yang akan ditawarkan oleh JPJ selain melambangkan keharmonian sempena sambutan Hari Malaysia.

"Nombor ini sangat istimewa dan orang ramai digesa mengambil peluang untuk mendapatkannya kerana selepas ini, tiada lagi huruf tunggal akan ditawarkan oleh JPJ," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran nombor siri berkenaan di sini hari ini.

Aedy Fadly berkata, penggunaan huruf H bagi siri berkenaan berbeza dengan pendaftaran teksi kerana bagi pengangkutan awam itu, ia perlu diiringi huruf pendaftaran negeri.

"Sebagai contoh, teksi di Perak didaftarkan dengan huruf HA kerana A merupakan huruf pendaftaran negeri itu," katanya. - Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved