945 syarikat diberi 14 hari selesai 40,595 saman tertunggak

LocalCars
11 Sep 2026 • 9:28 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 945 syarikat diberi 14 hari selesai 40,595 saman tertunggak

IPOH: Sebanyak 940 syarikat kenderaan barangan dan lima syarikat bas yang mempunyai lebih 20 saman tertunggak diberi tempoh 14 hari untuk melunaskan kesemua saman atau berdepan tindakan tegas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, kesemua syarikat berkenaan mempunyai keseluruhan 40,595 saman tertunggak mencecah RM12.18 juta bagi tempoh 2023 hingga 2026.

Katanya, daripada jumlah itu, 940 syarikat kenderaan barangan dikenal pasti mempunyai 40,222 saman tertunggak manakala lima syarikat bas mempunyai 373 saman.

“Tiada lagi ruang untuk pesalah tegar terus mengabaikan saman. Menerusi Op Tegar, JPJ akan memperhebatkan tindakan terhadap syarikat dan pemandu yang ingkar, terutama pesalah tegar yang mempunyai rekod saman tertunggak yang tinggi.

“Malah, tindakan susulan secara bersasar akan diambil terhadap syarikat pemilik kenderaan serta pemandu yang mempunyai jumlah saman tertunggak yang tinggi dan berulang kali gagal menyelesaikannya,” katanya dalam sidang akhbar Op Tegar di JPJ Ipoh.

Mengulas lanjut beliau berkata, tempoh 14 hari penguatkuasaan itu bermula esok dan sekiranya syarikat terbabit masih gagal menyelesaikan semua saman tertunggak, tindakan selanjutnya akan diambil.

Katanya, antara tindakan yang akan diambil ialah bekerjasama dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi menggantung permit syarikat berkenaan.

“Selain itu, sekiranya kenderaan syarikat terbabit berada di atas jalan raya, pengarah-pengarah JPJ negeri akan mengambil tindakan menahan dan menyita kenderaan sehingga saman berkenaan diselesaikan.

“JPJ tidak akan berkompromi selepas ini, kita tidak akan beri muka. Kita sudah memberi peluang kepada syarikat-syarikat ini untuk menyelesaikan saman, tetapi masih ada yang berdegil walaupun notis dan peringatan telah dikeluarkan,” katanya. –UTUSAN

The post 945 syarikat diberi 14 hari selesai 40,595 saman tertunggak appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved