JPN Perak Zahir Dukacita, Sahkan Insiden Kematian Murid Di Sebuah Sekolah

18 Nov 2026 • 9:49 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

JPN Perak Zahir Dukacita, Sahkan Insiden Kematian Murid Di Sebuah Sekolah

Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN Perak) menzahirkan rasa dukacita yang amat mendalam atas pemergian seorang murid Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Perak yang disahkan meninggal dunia di sekolah berkenaan, hari ini.

Menerusi satu kenyataan rasmi, JPN Perak sedang memantau memantau perkembangan insiden tersebut dengan teliti.

Selain itu, pihak JPN Perak turut mengarahkan pihak sekolah terbabit untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

JPN Perak Sahkan Insiden Kematian Murid Di Sebuah Sekolah

Image from: JPN Perak Zahir Dukacita, Sahkan Insiden Kematian Murid Di Sebuah Sekolah

Selain itu, JPN Perak juga telah menyelaraskan agar perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta sokongan psikososial diberikan kepada murid, guru serta warga sekolah yang terkesan dalam memastikan kesejahteraan emosi mereka diberikan perhatian sewajarnya.

"JPN Perak juga memastikan komunikasi dengan keluarga murid dilaksanakan secara berhemah, penuh empati dan berterusan, di samping memberikan bantuan serta sokongan yang bersesuaian," katanya.

Susulan itu, JPN Perak memohon semua pihak agar menghormati privasi keluarga dan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, khususnya melalui media sosial, bagi menjaga sensitiviti keluarga serta kelancaran proses siasatan.

Baca juga:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved