Perniagaan Cip Samsung Catat Peningkatan Keuntungan 220 Kali Ganda, Perniagaan Telefon Pula Catat Kerugian Pada Q2 2026

TechnologyBusiness & Finance
30 Jul 2026 • 10:47 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perniagaan Cip Samsung Catat Peningkatan Keuntungan 220 Kali Ganda, Perniagaan Telefon Pula Catat Kerugian Pada Q2 2026

Seperti yang telah dijangka, Samsung Electronics mencatatkan pendapatan dan keuntungan operasi suku paling besar dalam sejarah pada Q2 2026. Dalam laporan kewangan yang diterbitkan semalam, Samsung Electronics mencatatkan pendapatan 171.5 trilion won (~RM 485 bilion) yang bersamaan peningkatan 130% berbanding suku sama 2025 sementara keuntungan operasi pula 89.5 trilion won (~RM 253 bilion) bersamaan peningkatan 1814% berbanding suku sama tahun lalu.

Image from: Perniagaan Cip Samsung Catat Peningkatan Keuntungan 220 Kali Ganda, Perniagaan Telefon Pula Catat Kerugian Pada Q2 2026

Peningkatan pendapatan dan keuntungan operasi dipacu oleh permintaan tinggi untuk cip memori keluaran Samsung. Samsung Device Solution (DS) yang merupakan perniagaan semikonduktor Samsung menyumbang 127.5 trilion won (~RM 360 bilion) daripada keseluruhan pendapatan 171.5 trilion won suku lalu. Pendapatan Samsung DS melonjak 357% berbanding suku sama tahun lalu. Keuntungan operasi Samsung DS ialah 89.2 trilion won bersamaan peningkatan lebih 220 kali ganda.

Namun begitu, perniagaan peranti Samsung Mobile Experince (MX) dan rangkaian mencatatkan kerugian operasi sebanyak 0.7 trilion won (~RM 1.98 bilion) walaupun pendapatan meningkat berbanding suku sama tahun lalu. Ini adalah kerana peningkatan kos komponen khususnya RAM yang tidak boleh dikawal. Ini adalah kali pertama Samsung MX mencatatkan kerugian pada suku dalam sejarah operasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved