Jualan Komputer Acer dan ASUS Di Jerman Dilarang Kerana Tidak Membayar Lesen HEVC Nokia

WorldTechnology
16 Feb 2026 • 5:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

HEVC (High Efficiency Video Coding, H.265) ialah sebuah codec video yang membolehkan saiz fail video berkualiti tinggi dipadatkan dalam saiz fail yang lebih kecil dan lebih mudah dimuat-turun dan muat-naik dan tidak menggunakan kuasa pemprosesan berlebihan untuk memainkan kandungan tersebut, walaupun H.265 boleh digunakan untuk kandungan video beresolusi tinggi sehingga 8K.

Akan tetapi, satu isu yang dilihat dengan sokongan codec H.265 ini ialah penggunaannya perlu dilakukan melalu sistem pelesenan yang dipegang oleh sejumlah syarikat-syarikat teknologi tertentu, khususnya Nokia yang merupakan salah satu pembangun utama dan pemilik hakcipta teknologi tersebut.

image is not available

Baru-baru ini, mahkamah Munich di negara Jerman telah mengarahkan jenama-jenama komputer Acer dan ASUS untuk menghentikan jualan komputer mereka di negara tersebut kerana kedua-dua syarikat ini tidak membayar lesen penggunaan codec ini kepada Nokia dibawah undang-undang pelesenan FRAND (Fair, Reasonable and Non-Discriminatory licensing).

Terdapat beberapa kekeliruan berkenaan penggunaan codec ini, tetapi secara ringkasnya, asas kepada codec HEVC, iaitu X265 merupakan sebuah perisian sumber terbuka. Tetapi codec HEVC yang dibangunkan oleh Nokia merupakan satu perubahan ketara dari segi prestasi dan kemampuan, dimana teknologi ini telah dilesenkan dan diberi paten hak cipta, dan syarikat-syarikat yang mahu memanfaatkannya perlu membayar untuk menggunakannya.

image is not available

Dan disinilah syarikat-syarikat Acer dan ASUS didapati telah melanggar paten tersebut dibawah undang-undang , dan telah diharamkan jualan peranti-peranti komputer mereka oleh mahkamah Munich di negara Jerman. Menurut perintah mahkamah tersebut, arahan ini terhad kepada peranti komputer sahaja, dan produk-produk lain yang dijual tidak terkesan dengan isu ini.

Untuk komputer-komputer Acer dan ASUS yang sudahpun ada di kedai-kedai komputer dan elektronik di negara tersebut boleh terus dijual tanpa sebarang isu. Akan tetapi, kedua-dua syarikat tersebut tidak dibenarkan untuk menjual komputer-komputer ini secara terus, dan sebarang pembaharuan permit untuk menjual produk-produk tersebut akan menjadi sangat sukar untuk diperbaharui selagi mereka tidak membayar lesen penggunaan codec HEVC tersebut.