Jualan Toyota Memberangsangkan, Tawar Promosi Menarik Untuk Pelanggan

14 Jul 2025 • 2:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

UMW Toyota Motor (UMWT) melabuhkan tirai bulan Jun 2025 dengan pencapaian positif apabila berjaya menjual sebanyak 7,773 unit kenderaan. Jumlah jualan terkumpul bagi tahun ini (YTD) kini mencecah 44,286 unit, sedikit rendah berbanding rekod separuh pertama tahun lalu sebanyak 47,000 unit.

Promosi Menarik Untuk Pembeli

image is not availableimage is not available

Sempena pencapaian memberangsangkan bulan lepas, UMWT menawarkan pelbagai promosi menarik. Untuk Toyota Hilux, orang ramai boleh menikmati tawaran sehingga RM8,000, ansuran bulanan serendah RM935, serta servis percuma selama tiga tahun. Manakala bagi peminat Toyota Corolla Cross, promosi bernilai sehingga RM4,000 dan ansuran bulanan serendah RM993 turut disediakan.

UMWT Jadi Penaja Utama Festival Super GT Malaysia

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Selain pencapaian jualan, UMWT turut mencuri tumpuan sebagai penaja utama Festival Super GT Malaysia yang berlangsung di Litar Antarabangsa Petronas Sepang (Petronas SIC) bulan lalu. Acara ini menandakan kemunculan semula Siri Super GT di Malaysia selepas 12 tahun, menarik lebih 75,000 peminat sukan permotoran.

TGR Vios Challenge Perkenal Format Perlumbaan "Ketahanan Satu Jam"

image is not availableimage is not available

Dalam pusingan ketiga Kejuaraan Super GT 2025, UMWT turut menganjurkan TGR Vios Challenge sebagai acara sokongan. Kali ini, siri perlumbaan tersebut memperkenalkan format perlumbaan ketahanan selama satu jam menggunakan laluan penuh Litar Sepang.

image is not availableimage is not available

TGR Vios Challenge 2025 musim kelapan menampilkan 36 pelumba, termasuk lima peserta daripada Program Pembangunan Bakat Muda Toyota Gazoo Racing, menandakan komitmen UMWT dalam pembangunan sukan permotoran dan bakat belia.

Pertandingan "Hybrid Hero Challenge" Sempena Bulan Alam Sekitar

image is not availableimage is not available

UMWT juga menganjurkan Hybrid Hero Challenge, pertandingan media sosial peringkat kebangsaan yang berlangsung dari 16 Jun hingga 31 Julai 2025 sempena Bulan Alam Sekitar.

Terbuka kepada semua rakyat Malaysia, peserta diminta berkongsi foto paling kreatif bersama mana-mana model hibrid UMWT untuk berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM17,000. 15 penyertaan paling kreatif akan diumumkan sebagai pemenang di laman Facebook rasmi Toyota Malaysia.