Juga dikenakan 21 sebatan: Lelaki rogol adik, sepupu dijel 56 tahun

20 May 2023 • 12:50 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 24 tahun dipenjara 56 tahun dan dikenakan 21 sebatan kerana merogol dan meliwat adik perempuan serta sepupunya.

Lelaki yang bekerja sendiri itu didapati bersalah melakukan kesalahan itu di hadapan dua Hakim Mahkamah Sesyen berlainan.

Di mahkamah pertama, Hakim Elsie Primus menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun dan 12 sebatan ke atas lelaki itu kerana merogol adik perempuannya berusia 10 tahun di sebuah rumah di sebuah kampung di Kota Marudu pada 2017.

Dia disabitkan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara antara lapan dan 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT Firefly’s inaugural flight to Sandakan SANDAKAN: Firefly, the low-cost carrier subsidiary of Malaysia Airlines; made its inaugural flight from Kota Kinabalu to Sandakan on Tuesday. Read more Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu dipenjara 12 tahun lagi dengan tujuh sebatan kerana melakukan seks luar tabii terhadap mangsa sama pada masa dan tempat yang sama.

Kesalahan itu disabit mengikut Seksyen 377A/377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Elsie memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjaranya secara berturut-turut.

Bagi pertuduhan ketiga di hadapan Hakim Cindy Mc Juce Balitus, lelaki itu dijatuhi hukuman penjara 23 tahun dan 12 sebatan kerana merogol sepupunya yang berusia sembilan tahun di tempat sama pada 2016.

Cindy memerintahkan hukuman penjara itu dijalankan dari tarikh sabitannya.

Kedua-dua hakim memerintahkan lelaki itu menjalani program pemulihan semasa di penjara dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas hukuman penjaranya tamat.

Dalam memohon hukuman ringan, peguam Datuk Bernard J Dalinting yang mewakili lelaki itu berkata, tertuduh kurang berpendidikan dan menyesali kesalahannya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mas Izzaty Lokman menggesa mahkamah mempertimbangkan dua mangsa tidak berdaya yang mengalami trauma akibat kejadian itu.

Dia berhujah bahawa kesalahan itu memerlukan hukuman berat sebagai pengajaran dan amaran kepada orang awam.

Terdahulu, lelaki itu memohon penangguhan pelaksanaan sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Tinggi, tetapi ditolak dan diperintahkan menjalani hukuman penjara pada hari sabitan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.