Julang Pingat Gangsa, Tiga Atlet Negara Dah ‘Confirm’ Dapat Habuan SUV Chery

6 Aug 2024 • 12:26 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tiga pemenang pingat gangsa Olimpik Paris 2024, Lee Zii Jia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik khabarnya bakal menerima habuan ‘besar’ apabila pulang ke tanah air kelak di atas pencapaian mereka itu.

Menerusi satu hantaran Facebook sebuah jenama kereta ini, ketiga-tiga atlet itu bakal menerima ganjaran sebuah kereta utiliti sukan (SUV) Chery Tiggo 7 Pro setiap seorang.

image is not available

Malah, Chery Malaysia turut menawarkan sebuah kereta SUV Chery Tiggo 8 Pro bagi atlet yang berjaya membawa pulang pingat emas dan Omoda E5 (pingat perak) untuk edisi Olimpik kali ini

Terdahulu, pasangan beregu Aaron dan Wooi Yik telah meraih pingat gangsa bagi acara regu badminton dengan memperoleh kemenangan 21-19 ke atas Astrup-Rasmussen dari Denmark.

Manakala, jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia menambah satu lagi pingat gangsa setelah dia berjaya menentang Laksya Sen dari India dengan mata mudah 21-11 di set penentuan, semalam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

"Seluruh Rakyat Malaysia Perlukan Penjelasan" - 'Coach' Badminton Disekat Ke Olimpik Kerana 'Kuota' Terhad, Presiden MOM Boleh Bawa Isteri & Anak?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved