Jumlah keluar mengundi cecah 13.56 peratus setakat pukul 9.30 pagi

LocalPolitics
14 Nov 2026 • 9:47 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jumlah keluar mengundi cecah 13.56 peratus setakat pukul 9.30 pagi

PETALING JAYA: Data Peratusan Keluar Mengundi (Voter Turnout Online) oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan sebanyak 13.56 peratus atau 90,739 pengundi telah keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka setakat pukul 9.30 pagi ini.

Proses pengundian bagi 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negeri itu bermula pada pukul 8 pagi ini dengan pengundi hadir ke pusat mengundi masing-masing bagi memilih wakil rakyat untuk penggal seterusnya.

Berdasarkan pemantauan data peratusan itu, DUN Serkam menunjukkan jumlah keluar mengundi tertinggi setakat ini iaitu 16.92 peratus manakala DUN Kesidang mencatatkan jumlah terendah iaitu 12.88 peratus

Seramai 675,166 pengundi biasa layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada hari pengundian ini bagi menentukan wakil rakyat yang bakal mewakili kawasan masing-masing.

Orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini peratusan keluar mengundi menerusi paparan Voter Turnout Online di laman rasmi SPR, https://dashboard.spr.gov.my. – UTUSAN

The post Jumlah keluar mengundi cecah 13.56 peratus setakat pukul 9.30 pagi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved