
PETALING JAYA: Peratusan keluar mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka setakat pukul 3 petang tadi mencapai 59.31 peratus membabitkan seramai 396,877 pengundi.
Berdasarkan pemantauan data peratusan yang dikeluarkan secara real-time oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam menunjukkan jumlah keluar mengundi tertinggi setakat ini iaitu 67.89 peratus manakala DUN Bandar Hilir mencatatkan jumlah terendah iaitu 49.27 peratus.
Orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini peratusan keluar mengundi menerusi paparan di laman rasmi SPR, https://dashboard.spr.gov.my. – UTUSAN
The post Jumlah keluar mengundi cecah 59.31% setakat pukul 3 petang appeared first on Utusan Malaysia.



![[KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: Majoriti BN di DUN Serkam melonjak 12,689 berbanding 79 undi pada PRN lalu](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/11/14/3710523.webp)

![[TIDAK RASMI] PRN Melaka: BN-PN isytihar berjaya bentuk kerajaan negeri](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/11/14/3710365.webp)
