Jumpa Ketika Dewi Remaja, Syatilla Melvin Kongsi Momen Awal Berkenalan Dengan Shaheizy Sam – “Mula Bercinta Umur 19 Tahun”

EntertainmentLifestyle
29 Sep 2025 • 4:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin, baru-baru ini, telah berkongsikan detik permulaan perkenalannya bersama suami iaitu pelakon hebat, Shaheizy Sam setelah hampir lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Syatilla kongsi detik awal berkenalan dengan Sam

Dapat dilihat menerusi klip potongan live yang dibuat di platform TikTok, Syatilla atau nama sebenar, Siti Nur Syatilla berkata pertemuan pertama mereka semasa dia memasuki program Dewi Remaja 2009/2010.

Saya dengan Sam mula bercinta sejak umur 19 tahun. Kebetulan pada ketika itu Sam turut hadir bagi mempromosikan filem Adnan Sempit. Sam tidak kenal saya pun pada masa itu. Masa jumpa, saya pun tegur Sam dan berborak dengan dia.

“Ketika itu dah ada teman lelaki tapi kami..”

Kongsinya lagi, tidak lama selepas pertemuan mereka di program Dewi Remaja itu, aktres terbabit telah menghubungi Sam menerusi platform Facebook dan selepas itu firasatnya mengatakan hubungan itu akan berkekalan.

Firasat saya mengatakan hubungan ini akan terjadi. Pada ketika itu, saya mempunyai teman lelaki tetapi kami bergaduh dan memilih untuk berpisah. Kemudian, saya hubungi Sam dan kami buat keputusan untuk berjumpa.

Sekadar info, Syatilla dan Shaheizy telah mendirikan rumah tangga bersama pada tahun 2016, di mana hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

image is not available 2023-01-27 14:00:58

"Akhir Zaman, Solat Pun Dimainkan" - 'Terjah' Shaheizy Sam Lepas Solat, Syatilla Melvin Dikritik Netizen