Jururawat Maut Selepas Rempuh Lori, Pemandu Lori Tak Letak Kon

20 Feb 2025 • 7:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sebuah lori dipersalahkan kerana tidak meletakkan sebarang kon sebagai tanda amran berhenti di tepi jalan sehingga meragut nyawa seorang jururawat di Lebuhraya SILK, Kajang, Selangor, semalam.

Mangsa meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah lori yang berhenti di bahu jalan di kawasan tersebut.

Susulan pelanggaran itu, mangsa dan motosikalnya tercampak ke tengah jalan dan digilis dua kenderaan lain.

image is not available

Kejadian tragis itu mula tular di media sosial sejak semalam. Orang ramai diminta tidak menyebarkan rakaman itu bagi menghormati perasaan ahli keluarga mangsa yang terlibat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sepang atau menghubungi Inspektor Mohamad Fadzil Zainol Abidin di 019-648474.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved