Jururawat memang bersama saya 24 jam untuk jaga anak-anak saya – Intan Najuwa

Family & Parenting
25 Sep 2026 • 6:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jururawat memang bersama saya 24 jam untuk jaga anak-anak saya – Intan Najuwa

PETALING JAYA: Pelakon dan usahawan, Datin Intan Najuwa, mendedahkan kedua-dua anaknya, Imane Lunara dan Imane Laudya, dijaga oleh jururawat sejak dilahirkan.

Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, berkata, penggunaan khidmat jururawat itu merupakan pilihan yang dibuat sejak anak-anaknya masih bayi dan bukan hanya ketika mereka berada dalam keadaan tidak sihat semata-mata.

“Kedua-dua anak saya memang dari bayi dijaga oleh jururawat, bukan pengasuh. Pengasuh hanya membantu jururawat apabila mereka memerlukan tenaga tambahan.

“Jururawat memang bersama saya 24 jam untuk menjaga anak-anak saya. Mereka bukan bersama kami hanya apabila anak-anak sakit,” katanya menerusi hantaran di Threads miliknya.

Tambah Intan, dia memilih sistem penjagaan sedemikian untuk memberi ketenangan kepada dirinya bagi menguruskan pekerjaan apabila mengetahui anak-anak berada dalam jagaan yang baik.

“Apabila saya bekerja, saya lebih tenang kerana tahu anak-anak berada dalam jagaan yang baik. Itu yang membuatkan saya lebih yakin untuk memberi tumpuan kepada kerja.

“Ada yang salah faham dan bertanya kenapa saya pergi ke mana-mana membawa jururawat untuk anak-anak. Mereka ingat anak saya ada sakit kronik, tetapi tidak,” ujarnya.

Untuk rekod, Intan Najuwa berkahwin dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman dan kini mereka mempunyai dua orang anak perempuan, di mana anak sulungnya Imane Lunara kini berumur 1 tahun 9 bulan manakala anak keduanya Imane Laudya baru berusia 1 bulan.

The post Jururawat memang bersama saya 24 jam untuk jaga anak-anak saya – Intan Najuwa appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved