Juruterbang Malaysia ditahan di Jakarta, disyaki seludup 25kg dadah

31 Jul 2026 • 4:52 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Juruterbang warga Malaysia ditahan selepas dipercayai menyeludup 25 kilogram dadah di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta Jakarta

Seorang juruterbang warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas dipercayai cuba menyeludup 25 kilogram dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.

Memetik laporan Metro TV News, suspek ditahan hasil kerjasama antara Jabatan Kastam dan Eksais Indonesia bersama Badan Siasatan Jenayah (Bareskrim) Polis Republik Indonesia (Polri) ketika tiba di terminal ketibaan antarabangsa lapangan terbang berkenaan.

Ketua Pengarah Direktorat Jeneral Kastam dan Eksais Indonesia, Leftenan Jeneral (Bersara) TNI Djaka Budhi Utama berkata, suspek membawa sebanyak 70,114 pil MDMA (ekstasi) seberat kira-kira 25 kilogram selain empat gram syabu.

Menurutnya, kegiatan itu terbongkar selepas pegawai kastam mengesan barangan penumpang laluan antarabangsa menggunakan mesin imbasan X-ray.

“Ketika membuat analisis terhadap hasil imbasan, pegawai mengesyaki sebuah beg yang kemudiannya diambil oleh penumpang warga Malaysia yang memakai pakaian seragam juruterbang,” katanya.

Baca juga:

Pemeriksaan lanjut menemukan 14 bungkusan besar mengandungi 70,114 pil MDMA (ekstasi) yang disembunyikan di dalam bagasi milik suspek.

Suspek dipercayai menerima upah RM50,000 bagi menjalankan kegiatan penyeludupan dadah tersebut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penahanan itu.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dimaklumkan mengenai penahanan berkenaan dan suspek kini berada dalam tahanan pihak berkuasa Indonesia.

Menurutnya, suspek akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa di negara itu.

The post Juruterbang Malaysia ditahan di Jakarta, disyaki seludup 25kg dadah appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved