#JusticeForZara Bergema di Pentas Dunia, Dunia Menanti Keadilan

13 Aug 2025 • 5:12 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

Kisah tragis menimpa pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, bukan sahaja meruntun hati rakyat Malaysia, malah kini mendapat perhatian masyarakat dunia.

Solidariti Merentasi Sempadan

Siapa sangka, berita duka dari Sipitang, Sabah ini turut mengundang simpati dari Indonesia, Filipina, Kemboja, Jepun, China, Korea Selatan, Brunei, Thailand, Myanmar, Laos, malah sehingga ke United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).

Hashtag Jadi Laungan Global

Di media sosial, #JusticeForZara membanjiri ruang maya, menjadi simbol solidariti global yang menuntut keadilan buat arwah. Ribuan komen, perkongsian dan doa mengalir dari seluruh pelusuk dunia, walaupun ramai yang tidak pernah mengenalinya.

Tragedi Yang Menjadi Amaran

Gelombang sokongan ini jelas membuktikan, tragedi Zara bukan sekadar isu tempatan, tetapi amaran bahawa keganasan dan budaya buli di sekolah mesti dihentikan.

Doa Dari Seluruh Negara

Beberapa pihak turut mengadakan solat hajat dan bacaan yasin di seluruh negara, termasuk atas seruan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kebimbangan Ibu Bapa

Malah, ada ibu bapa di luar negara yang meluahkan rasa bimbang untuk menghantar anak ke sekolah berasrama penuh selepas mendengar kisah ini.

Dunia Sedang Memerhati

Kerajaan Malaysia kini didesak untuk mempercepatkan siasatan dan memastikan semua pihak terlibat dibawa ke muka pengadilan. Perhatian masyarakat antarabangsa terhadap kes ini menunjukkan keprihatinan global terhadap isu keselamatan pelajar dan pencegahan kejadian seumpama ini pada masa hadapan. – The Malaysian Update