Jutaan Ikan Ditemui Terapung Di Sungai Australia Gara-gara Gelombang Haba

Entertainment
19 Mar 2023 • 5:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kecoh di media sosial negara Australia apabila penduduk di sekitar sungai Darling-Baaka, New South Wales, Australia menemui jutaan ikan terapung di permukaan sungai itu.

Menurut BBC, jutaan ikan yang terapung itu ditemui pada pagi Jumaat lalu oleh penduduk sekitarnya.

Dalam sebuah perkongsian di Facebook, Jabatan Industri Utama NSW mengatakan gelombang haba di kawasan sungai itu telah menjadi penyebab ikan-ikan tersebut mati.

DPI is aware of a developing large-scale fish death event on the Lower Darling-Baaka below Menindee Main Weir through to…

Posted by NSW DPI Fisheries on Thursday, March 16, 2023

 

Difahamkan, kes kematian ikan-ikan itu berkait dengan tahap oksigen yang rendah di dalam air (hypoxia) apabila air banjir surut.

Cuaca yang panas di kawasan itu juga telah menyebabkan masalah hypoxia dalam air sungai itu menjadi semakin teruk.

image is not available

Ini kerana air yang hangat difahamkan mempunyai kurang oksigen berbanding air sejuk. Ikan-ikan pula memerlukan kadar oksigen yang lebih tinggi ketika berada di suhu yang lebih hangat berbanding biasa.

Apa yang membimbangkan lagi, penduduk di sekitar kawasan itu menggunakan air sungai berkenaan sebagai sumber air untuk kegunaan domestik mereka.

image is not available

Jadi, isu kematian ikan-ikan itu akan mengganggu bekalan air harian mereka.

Seram pula kalau jadi macam ni dekat Malaysia kan.

Sumber: BBC

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.