Kabel, Talian Elektrik Tidak Boleh Disentuh Atau Diceroboh - TNB

LocalPolitics
17 Mar 2026 • 9:36 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kabel, Talian Elektrik Tidak Boleh Disentuh Atau Diceroboh - TNB

IPOH, 17 Mac (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengingatkan orang ramai pepasangan elektrik seperti tiang, kabel dan talian elektrik berbahaya serta tidak boleh disentuh atau diceroboh oleh mana-mana pihak.

TNB dalam kenyataan memaklumkan mengganggu atau merosakkan pepasangan elektrik bukan sahaja menyalahi undang-undang malah mengundang risiko renjatan elektrik yang boleh membawa maut.

“Orang awam dinasihatkan menjauhi pepasangan elektrik dan segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa atau TNB bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” menurut kenyataan itu.

Baca juga:

TNB memaklumkan pihaknya telah memberi kerjasama penuh dalam siasatan kejadian tiga lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel pada pepasangan elektrik berhampiran Taman Rapat Mutiara di sini.

“Pasukan TNB yang digerakkan ke lokasi kejadian telah memberikan kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia serta Suruhanjaya Tenaga bagi membantu siasatan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Semalam, polis berkata tiga lelaki berusia 35 hingga 50 tahun maut dipercayai akibat renjatan elektrik semasa cuba memotong kabel pada tiang milik TNB.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved