Kabinet Sabah bincang krisis bekalan air Tawau susulan cuaca kering

LocalPolitics
26 Oct 2026 • 2:42 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Kabinet Sabah bincang krisis bekalan air Tawau susulan cuaca kering

Kota Kinabalu: Gangguan bekalan air di Tawau dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet Sabah pada Rabu lalu bagi memastikan tindakan segera diambil untuk membantu penduduk yang terjejas.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (gambar) yang membangkitkan perkara itu berkata cuaca kering dan ketiadaan hujan berpanjangan menjejaskan sumber air mentah, sekali gus mengganggu operasi rawatan dan pengagihan air sejak minggu lalu.

“Saya membangkitkan masalah ini dalam mesyuarat Kabinet kerana memahami kesukaran yang dihadapi penduduk terjejas.

“Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor turut mengarahkan Kementerian Kerja Raya dan Utiliti Sabah supaya Jabatan Air Negeri Sabah (Jans) mengambil tindakan proaktif.

“Ini termasuk mempergiat penghantaran bekalan air menggunakan lori tangki ke kawasan terjejas. Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam memberi jaminan bahawa isu ini sedang dipantau dan kapasiti digerakkan bagi membantu penduduk terjejas,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Nizam berkata data terkini Jabatan Air Tawau menunjukkan operasi di Loji Rawatan Air Utara masih terjejas berikutan masalah kualiti air mentah dari Sungai Tawau.

“Walaupun hujan telah turun, jumlah hujan di kawasan tadahan masih tidak mencukupi untuk meningkatkan paras sungai dengan ketara dan membolehkan operasi rawatan air kembali pulih sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata penghantaran bekalan air akan diteruskan mengikut keupayaan operasi semasa dengan penyelarasan yang lebih baik bagi memastikan kawasan terjejas mendapat perhatian sewajarnya.

Nizam berkata masalah bekalan air itu tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan keperluan asas rakyat dan menjejaskan kehidupan seharian isi rumah.

“Saya akan terus berhubung dengan kementerian dan Jans untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai situasi ini serta memastikan keperluan penduduk terjejas terus diberi perhatian,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved