Kabus tebal cetus nahas 30 kenderaan, dua individu cedera parah

8 Nov 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kabus tebal cetus nahas 30 kenderaan, dua individu cedera parah

LONDON – Lebuhraya M20 di Kent, England terpaksa ditutup sepenuhnya di kedua-dua arah susulan kemalangan berturut-turut berskala besar membabitkan lebih 30 kenderaan, termasuk kereta persendirian dan kenderaan berat, berikutan jarak penglihatan yang terjejas akibat kabus tebal, lapor saluran berita The Sun UK.

Menurut kenyataan Polis Kent, sekurang-kurangnya dua individu disahkan mengalami kecederaan parah dalam insiden terbabit.

Salah seorang mangsa yang parah telah dikejarkan ke sebuah hospital di London bagi mendapatkan rawatan lanjut, manakala seorang lagi mangsa dihantar ke hospital tempatan berhampiran. 

Beberapa pemandu lain dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Pelbagai agensi perkhidmatan kecemasan digerakkan ke lokasi kejadian, termasuk pasukan perubatan ambulans udara yang tiba melalui jalan darat bagi memberikan bantuan segera. 

Pengguna jalan raya di kawasan sekitar diberi amaran keras agar memperlahankan kenderaan dan meningkatkan kewaspadaan memandangkan kabus tebal masih menyelubungi laluan berkenaan. – AGENSI

 

The post Kabus tebal cetus nahas 30 kenderaan, dua individu cedera parah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved