Kad Grafik AMD Radeon RX 9050 Sedang Dibangunkan Untuk PC Gaming Mampu Milik

TechnologyGaming
12 May 2026 • 12:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kad Grafik AMD Radeon RX 9050 Sedang Dibangunkan Untuk PC Gaming Mampu Milik

AMD baru-baru ini dilaporkan sedang membangunkan sebuah lagi kad grafik gaming menggunakan cip grafik RDNA 5 terbaru mereka selepas model-model kad grafik kelas pertengahan lain AMD Radeon RX 9070 dan AMD Radeon RX 9060 diperkenalkan.

Dan tidak mengejutkan, kad grafik tersebut ialah AMD Radeon RX 9050 yang nampaknya akan hadir menggunakan memori GDDR6 8GB sama seperti apa yang ditawarkan melalui model RX 9060. Apa yang menarik mengenai kad grafik baru ini ialah ia dikatakan akan hadir dengan jumlah teras yang sama seperti kad grafik AMD Radeon RX 9060 XT, iaitu sebanyak 2048 teras pemproses strim.

Image from: Kad Grafik AMD Radeon RX 9050 Sedang Dibangunkan Untuk PC Gaming Mampu Milik

Walaupun kad grafik ini mempunyai jumlah teras yang sama, menurut maklumat yang tertiris melalui rakan pembangun kad grafik, ia hadir dengan kelajuan Game Clock 1920MHz dan Boost Clock sehingga 2600MHz, yang mana kad grafik AMD Radeon RX 9060 XT hadir dengan kelajuan Game Clock 2,530 MHz dan Boost Clock setinggi 3130MHz. Dalam pada itu, bandwidth memori GDDR6 yang digunakan pada kad grafik ini adalah setinggi 288GB/s yang sama seperti apa yang diperlihatkan pada kad RX 9060.

Setakat ini ia tidak diketahui lagi bilakah AMD akan memperkenalkan kad grafik ini secara rasmi.