‘Kadangkala terpaksa langgar lampu merah’ – MB Negeri Sembilan

LocalPolitics
5 Mar 2026 • 10:29 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, memohon maaf susulan tularnya video kenderaan rasminya melanggar lampu isyarat merah baru-baru ini.

Beliau mengakui kadangkala pemandunya terpaksa melanggar lampu isyarat merah bagi memastikan beliau tiba di acara rasmi tepat pada waktunya.

Menurut Aminuddin, jadualnya yang padat dengan pelbagai program sehari menyebabkan pemandu perlu mengejar masa.

“Saya akui kadangkala terpaksa melanggar lampu merah kerana perlu cepat sampai dan terdapat beberapa acara rasmi yang dirancang dalam sehari.

“Boleh tengok di Facebook saya, berapa program yang saya hadir,” katanya.

Baca juga:

Aminuddin turut menjelaskan pejabatnya telah menulis surat kepada pihak berkuasa berkaitan untuk mendapatkan kelulusan yang diperlukan. Malah, kenderaannya juga dinaiki oleh seorang pegawai polis.

“Kita terpaksa langgar, tetapi dalam keadaan berhati-hati dan menggunakan isyarat yang cukup kerana nak segera sampai di lokasi. Saya minta maaflah, kalau tidak saya pun tak berani langgar. Biasanya pemimpin negeri diberi kelonggaran untuk hal tertentu,” jelasnya lagi.

The post ‘Kadangkala terpaksa langgar lampu merah’ – MB Negeri Sembilan appeared first on The Reporter.