

Selepas dihujani kecaman hebat netizen di media sosial, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka berhubung insiden kenderaan rasminya yang dirakam melanggar lampu isyarat merah, baru-baru ini.
Difahamkan, tindakan tersebut dibuat atas faktor keperluan mendesak bagi memastikan jadual program rasmi dapat dipenuhi.
“Saya dalam urusan kerja rasmi dan terpaksa berbuat demikian. Dalam kenderaan tersebut turut ada pegawai polis. Saya menggunakan isyarat yang mencukupi serta memastikan keadaan selamat sebelum meneruskan perjalanan kerana perlu segera tiba di lokasi.
“Jika lewat, jadual program mungkin terpaksa dipendekkan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab mengenai video viral baru-baru ini yang memaparkan sebuah kenderaan melanggar lampu isyarat dan membunyikan siren ketika dalam kesesakan berdekatan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.
KOSMO

