Terpaksa Langgar Lampu Merah Sebab Nak Cepat Sampai Lokasi Majlis Rasmi – MB N9

LocalPolitics
5 Mar 2026 • 9:43 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Seperti yang kita tahu, setiap undang-undang jalan raya berfungsi untuk mengawal lalu lintas serta menjamin keselamatan semua pengguna. Bagaimanapun masih ramai yang bersikap mementingkan diri sendiri dan bertindak sebaliknya.

Antara kesalahan yang sering didengari berlaku di seluruh negara adalah pemandu atau penunggang motosikal yang melanggar lampu isyarat merah.

Baca Artikel Berkaitan: Honda Langgar Lampu Merah Sebabkan Suami Isteri Cedera Dirempuh Myvi Dari Belakang [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Rider Motor Selamba Langgar Lampu Merah Hingga Rempuh Pelajar Sekolah Bikin Ramai Berang [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Mabuk Langgar Lampu Isyarat Sebelum Rempuh Murid Depan Sekolah [Video]

Aminuddin Akui Kadangkala Langgar Lampu Merah Kerana Bergegas

Semalam (4 Mac), Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengakui bahawa pemandunya kadangkala terpaksa langgar lampu isyarat merah bagi memastikan beliau tidak terlewat ke lokasi acara rasmi.

Menurutnya, jadual harian yang padat dengan pelbagai program dalam masa sehari menyebabkan pemandunya perlu sentiasa mengejar masa.

“Saya akui kadangkala terpaksa melanggar lampu merah kerana perlu cepat sampai dan terdapat beberapa acara rasmi yang dirancang dalam sehari.

“Boleh tengok di Facebook saya, berapa program yang saya hadir dalam sehari,” kata Aminuddin kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan EXCO di Wisma Negeri, lapor Berita Harian.

Beliau memberi penjelasan itu susulan satu video tular sebelum ini menyaksikan kenderaan rasmi Menteri Besar yang digunakannya melanggar lampu isyarat merah di Seremban dengan kapsyen bertulis, “Kereta siapa yang kebal sangat melanggar lampu isyarat dan membunyikan siren polis.”

Beliau dalam masa sama menegaskan terdapat seorang pegawai polis berada di dalam kenderaan bersamanya.

Langgar Lampu Merah Dalam ‘Keadaan Berhati-hati’

Mengulas lanjut, Aminuddin memaklumkan bahawa pejabatnya juga sudah menulis surat kepada pihak berkuasa bagi mendapatkan kelulusan diperlukan.

“Kita terpaksa langgar (lampu isyarat merah), tetapi dalam keadaan berhati-hati dan menggunakan isyarat yang cukup kerana hendak segera sampai ke lokasi.

“Saya minta maaf, kalau tidak saya pun tak berani langgar. Biasanya pemimpin negeri diberi kelonggaran untuk hal atau perkara tertentu,” katanya.

Orang Ramai Minta Aminuddin Patuhi Undang-undang Seperti Rakyat Lain

Pengakuan ini kemudiannya mendapat perhatian ramai di kalangan pengguna media sosial. Rata-rata netizen berasa tidak puas hati dengan alasan diberikan selain berkata Aminuddin wajar dikenakan saman atas tindakannya.

“Bayarlah RM300 je Tok Min (Aminuddin) tak mahal pun, barulah adil dekat rakyat pun kena bayar RM300 juga langgar lampu merah,” kata seorang lelaki.

Malah ada yang berkata, Aminuddin sebagai wakil rakyat perlu menunjukkan contoh yang baik kepada orang ramai dengan tidak menyalahi undang-undang ditetapkan.

“Matlamat tidak menghalalkan cara. Yang salah tetap salah. Tidak ada lebihnya awak sebagai pemimpin. Awak sepatutnya menjadi contoh teladan kepada rakyat bawahan,” ujar seorang pengguna Threads.

Sementara itu, beberapa netizen juga menegaskan bahawa Aminuddin sepatutnya menguruskan masa dengan baik sekiranya tidak mahu terlewat sampai ke acara rasmi.

“Amboi senangnya (beri) alasan. Pengurusan masa tu penting. Kalau ada meeting, kena urus masa tu la, takdelah terlambat dan alasan ini sama sekali tidak menghalalkan cara,” kata seorang warganet.

“Jangan macam tu, semua orang nak cepat. Kau buat juga tiada beza dengan Mat Rempit. Pakai eskort (polis) la,” tambah seorang lagi individu.

Berikut antara komen-komen netizen:

image is not available
image is not available
image is not available
Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Tular Bezza Langgar Lampu Isyarat Merah Hingga Nyaris Rempuh Pejalan Kaki, Pemandu e-hailing Ditahan

Baca Artikel Berkaitan: 95,298 Saman Langgar Lampu Merah Direkodkan, Kereta Paling Tinggi Berbanding Motosikal

Baca Artikel Berkaitan: Langgar Lampu Merah Rekod Kesalahan Tertinggi Di Johor