Kadar gaji minimum Polis Bantuan bergantung pada agensi masing-masing – PDRM

LocalBusiness & Finance
12 Nov 2026 • 1:56 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Kadar gaji minimum Polis Bantuan bergantung pada agensi masing-masing – PDRM

JOHOR BAHRU: Pelaksanaan kadar gaji minimum baharu bagi anggota Polis Bantuan bergantung pada ketetapan agensi yang menggaji mereka, kata Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid.

Beliau berkata perkara itu berikutan skim perkhidmatan Polis Bantuan berbeza daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), justeru penetapan gaji mereka ditentukan oleh agensi masing-masing.

“Sekiranya kerajaan mengarahkan agensi swasta menyelaraskan gaji minimum, perkara itu perlu dipatuhi,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan Persatuan Polis Bantuan Malaysia (MAPA) Ke-37 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelaksanaan kenaikan kadar gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 yang dijangka dilaksanakan kerajaan tahun depan, termasuk keperluan GLC menyelaraskan kadar gaji anggota Polis Bantuan.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Deri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan mulai Jun 2027, yang dijangka memberi manfaat kepada lebih empat juta pekerja.

Persidangan MAPA bertujuan membincangkan hal-ehwal kepolisan, kerjasama dengan PDRM, kebajikan, serta penambahbaikan peranan anggota Polis Bantuan di agensi kerajaan, badan berkanun, dan sektor swasta.

Kekuatan Polis Bantuan di seluruh negara kini mencecah 27,550 pegawai dan anggota.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved