Kadar Mas Kahwin Ikut Negeri Di Malaysia (2026)

3 Jun 2026 • 3:25 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Kadar Mas Kahwin di Malaysia adalah berbeza mengikut negeri berdasarkan ketetapan oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) berdasarkan adat dan enakmen negeri masing-masing.

Mas Kahwin dengan hantaran berbeza ya.

Mas kahwin wajib, kalau hantaran tidak wajib kerana ia merupakan pemberian tambahan mengikut persetujuan kedua belah pihak.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda senarai kadar mas kahwin ikut negeri di Malaysia yang terbaru untuk rujukan bakal-bakal pengantin semua.

Apa itu Mas Kahwin?

Mas kahwin (atau mahar) ialah harta/pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri semasa akad nikah.

Berdasarkan perkongsian Mufti Wilayah Persekutuan, mas kahwin ialah adalah hak mutlak isteri. Suami atau keluarga tidak boleh mengambil atau menggunakannya tanpa kebenaran isteri.

Dalam Islam, mahar boleh diberikan sama ada secara tunai atau ditangguhkan. Jika waktu pembayarannya tidak dinyatakan, maka ia ditentukan berdasarkan uruf atau adat setempat.

Dalil pensyariatan mahar perkahwinan melalui firman Allah SWT:

وَآتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً ۚ فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَيْءٍ مِّنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَّرِيئًا

MaksudnyaDan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kawin-mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.Surah al-Nisa’ (4

Kadar Mas Kahwin Ikut Negeri Di Malaysia (2026)

Kadar Mas Kahwin 2026 Mengikut Negeri Di Malaysia

Berapa kadar mas kahwin di Malaysia?

Kadar Mas Kahwin di Malaysia adalah mengikut negeri serta berbeza bagi wanita yang belum pernah berkahwin dan janda/ibu tunggal.

Berikut adalah senarai kadar mas kahwin mengikut negeri di Malaysia bagi tahun 2026:

NegeriKadar Mas Kahwin Bujang (Anak Dara)Kadar Mas Kahwin Janda / Balu / Ibu Tunggal
SelangorRM300RM300
Kuala LumpurRM300RM150*
PutrajayaRM300RM150*
Negeri SembilanRM200RM100
SarawakRM120 RM120
PerakRM101RM101
PahangRM100RM100
MelakaRM100RM100
SabahRM100RM80
LabuanRM80RM80
Pulau PinangRM24RM24
JohorRM22.50RM22.50
KedahTiada had ketetapan rasmiTiada had ketetapan rasmi
PerlisTiada had ketetapan rasmiTiada had ketetapan rasmi
KelantanMengikut persetujuan bersamaMengikut persetujuan bersama
TerengganuMengikut persetujuan bersamaMengikut persetujuan bersama

NOTA:

  • Perlis, Kedah, Terengganu, dan Kelantan tidak menentukan kadar tetap mas kahwin.
  • Pastikan anda hubungi Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) negeri masing-masing untuk pengesahan kadar terkini.

Jenis Mahar Kahwin

Merujuk kepada perkongsian Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, dalam syariat Islam, mahar dibahagikan kepada dua:

  • Mahar Mu’ajjal (معجل): Mahar yang dibayar segera atau tunai.
  • Mahar Mu’ajjal (مؤجل): Mahar yang ditangguhkan bayarannya (hutang).

Berdasarkan hukum ini, Islam meletakkan fleksibiliti masa pembayaran mahar sama ada hendak disegerakan atau ditangguhkan.

Namun begitu, adat turut memainkan peranan penting dalam isu pemberian mahar.

Jika dalam akad tidak dinyatakan secara spesifik bila mahar perlu dibayar, mahkamah atau pihak berkuasa akan merujuk kepada uruf(adat setempat).

Contohnya, di sesetengah tempat, separuh mahar adalah tunai dan separuh lagi dianggap hutang yang dibayar jika berlaku perceraian atau kematian.

Begitu juga, di sesetengah tempat yang lain, mahar diberikan sejurus selepas akad nikah dilakukan.

Apa Beza Mas Kahwin dan Hantaran?

Jangan keliru antara mas kahwin dan hantaran.

Mas kahwin (mahar) adalah pemberian wajib daripada suami kepada isteri yang ditetapkan oleh syariat Islam sebagai simbol penghormatan dan hak mutlak isteri.

Sebaliknya, wang hantaran adalah pemberian hadiah berbentuk wang tunai berasaskan adat masyarakat Melayu bertujuan untuk membantu membiayai kos pengurusan majlis kenduri perkahwinan.

  • Hukum Syarak: Mas kahwin adalah wajib (syarat sah nikah). Wang hantaran adalah adat (tidak wajib).
  • Hak Penerima: Mas kahwin menjadi hak peribadi isteri sepenuhny. Wang hantaran biasanya diserahkan kepada ibu bapa atau keluarga perempuan.
  • Ketetapan Nilai: Nilai mas kahwin ditentukan oleh Jabatan Agama Islam negeri. Nilai hantaran pula mengikut persetujuan bersama kedua-dua keluarga.

Image from: Kadar Mas Kahwin Ikut Negeri Di Malaysia (2026)

Hikmah Kewajipan Beri Mas Kahwin

Kewajipan memberi mas kahwin (mahar) mempunyai hikmah yang sangat mendalam dalam Islam. Berikut adalah hikmah utama kewajipan memberi mas kahwin:

  1. Pemberian mas kahwin tanda Islam sangat memuliakan wanita dan bukti wanita mempunyai hak dalam perkahwinan.
  2. Mas kahwin juga simbol tanggungjawab suami dalam memikul kewajipan memberi nafkah zahir.
  3. Menjadi bukti kesungguhan suami yang benar-benar ingin menggauli isterinya dengan pergaulan yang baik dan membina rumahtangga yang mulia.
  4. Lambang kemuliaan dan penghargaan terhadap wanita melalui sesebuah perkahwinan.
  5. Menzahirkan keutamaan dan kepentingan sebuah perkahwinan di samping memuliakan kedudukan wanita.

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai perkahwinan dan kadar mas kahwin di Malaysia, sila rujuk Jabatan Agama Islam Dan Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.

NegeriJabatan Agama Islam NegeriMajlis Agama Islam Negeri
Selangorhttp://www.jais.gov.myhttp://www.mais.gov.my/
Negeri sembilanhttp://jheains.ns.gov.my/http://www.mains.gov.my/
Melakahttp://jaim.melaka.gov.myhttp://www.maim.gov.my/
Johorhttp://jaj.johor.gov.my/http://www.maij.gov.my/
Pahanghttp://jaip.pahang.gov.myhttp://www.muip.gov.my/
Terengganuhttp://jheatweb.terengganu.gov.myhttp://www.maidam.gov.my/
kelantanhttp://www.jaheaik.gov.myhttp://www.e-maik.my
Perlishttp://islam.perlis.gov.mywww.maips.gov.my
Kedah http://www.maik.gov.my/
Perakhttp://jaipk.perak.gov.myhttp://www.maiamp.gov.my
Pulau Pinanghttp://jaipp.penang.gov.myhttp://www.mainpp.gov.my
Sabahhttp://www.jheains.sabah.gov.my 
Sarawakhttp://www.jais.sarawak.gov.my/ 
Wilayah Persekutuanhttp://www.jawi.gov.myhttp://www.maiwp.gov.my
Sumber: JAKIM

Soalan Lazim Mas Kahwin Di Malaysia 2026

Apakah itu Mas Kahwin?

Mas kahwin (atau mahar) adalah pemberian wajib oleh suami kepada isteri semasa akad nikah. Hukumnya adalah wajib di sisi Islam dan merupakan hak mutlak isteri yang tidak boleh diminta kembali atau dikurangkan selepas pernikahan.

Adakah jumlah mas kahwin sama di seluruh Malaysia?

Tidak. Kadar mas kahwin adalah tertakluk kepada undang-undang dan adat setiap negeri.

Bolehkah mas kahwin dibayar dalam bentuk lain selain wang tunai?

Ya, boleh. Walaupun lazimnya diberi secara tunai, mas kahwin boleh ditunaikan dalam bentuk barang bernilai seperti dinar emas, barang kemas (emas), atau harta lain yang dipersetujui oleh pihak perempuan. Nilainya mestilah setara dengan kadar yang ditetapkan oleh negeri tersebut.

Adakah Mas Kahwin sama dengan Wang Hantaran?

Tidak.
– Mas Kahwin: Wajib dari segi agama, jumlahnya biasanya ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri.
– Wang Hantaran: Adat semata-mata, tidak wajib, serta mengikut persetujuan kedua-dua belah keluarga.