‘Kahwin itu lebih indah kalau nikah dengan sahabat baik sendiri’

Family & ParentingLifestyle
18 Aug 2026 • 1:24 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Kahwin itu lebih indah kalau nikah dengan sahabat baik sendiri’

PETALING JAYA – “Sepanjang tiga tahun ini, awak tak pernah berhenti menjadi yang terbaik untuk saya.”

Itu antara ucapan manis pelakon dan usahawan Datin Intan Najuwa sempena ulang tahun perkahwinan ketiganya bersama ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman.

Intan, 28, berkata, mahligai yang dibinanya berlayar indah sejak tiga tahun lalu terutama dikurniakan seorang suami yang banyak membantu dalam segala hal.

“Perkahwinan itu indah apabila kita berkahwin dengan sahabat baik sendiri.

“Terima kasih kerana sentiasa memanjakan dan menyayangi tanpa syarat serta sentiasa ada setiap kali saya perlukan awak.

“Allah SWT merahmati perkahwinan kita dengan dua cahaya mata perempuan dan saya sentiasa bersyukur dengan keluarga kecil yang kita bina bersama,” katanya dalam satu hantaran Instagram.

Tambah Intan, Ahmad Azraf sentiasa berada di sisinya di saat-saat getir sepanjang tiga tahun bergelar suami isteri termasuk ketika melahirkan kedua-dua anak mereka.

“Awak ada dengan saya ketika saya berada di titik paling rendah. Sepanjang kehamilan, tak pernah meninggalkan saya.

“Awak genggam erat tangan saya yang takut ketika berada dalam bilik pembedahan dan ada di sisi ketika saya berjalan buat kali pertama selepas melahirkan anak.

“Awak sentiasa ada sepanjang tempoh berpantang ketika emosi saya tak menentu dan melihat saya dalam keadaan paling rapuh tetapi tak pernah buat saya rasa keseorangan,” ujarnya.

Katanya, memiliki sebuah perkahwinan yang bahagian bukan sekadar mewujudkan rasa cinta tetapi keberadaan pasangan di sisi dalam berdepan setiap perkara dalam kehidupan.

“Perkahwinan bukan sekadar tentang menyayangi antara satu sama lain pada hari yang indah sebaliknya mengenai dua individu yang memiih untuk saling menjaga sepanjang melalui setiap fasa hidup.

“Terima kasih untuk tiga tahun yang begitu indah, sayang. Saya sayang awak, selalu dan selama-lamanya,” ujarnya lagi

Terdahulu, Intan dan Ahmad Azraf mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos 2023 di sebuah pusat peranginan di Desaru, Johor.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak perempuan iaitu Imane Lunara dan Imane Laudya. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Kahwin itu lebih indah kalau nikah dengan sahabat baik sendiri’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved