Pelakon Datin Intan Najuwa menitipkan ucapan penuh romantis buat suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman, sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga.
Menerusi perkongsian di Instagram, Intan meluahkan rasa syukur kerana suaminya sentiasa menjadi insan terbaik sepanjang tiga tahun mereka mendirikan rumah tangga.
AdvertisementView this post on Instagram
Menurut pelakon itu, Ahmad Azraf tidak pernah jemu menyayangi, memanjakan serta berada di sisinya dalam setiap fasa kehidupan mereka bersama.
Perkahwinan memang indah bila kita berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Sepanjang tiga tahun ni, awak memang tak pernah kurang daripada yang terbaik untuk saya.
Terima kasih sebab sentiasa manjakan saya, sayang saya tanpa syarat dan sentiasa ada setiap kali saya perlukan awak.
Intan Najuwa Syukur Dikurniakan Dua Cahaya Mata
Dalam hantaran sama, Intan turut meluahkan rasa syukur apabila rumah tangga mereka kini semakin lengkap dengan kehadiran dua cahaya mata perempuan.
View this post on Instagram
Allah dah kurniakan kita dua cahaya mata perempuan yang sangat cantik, dan saya akan sentiasa bersyukur dengan keluarga kecil yang kita bina bersama.
Pelakon drama Racun Rihanna itu turut mengimbas kembali bagaimana suaminya sentiasa menemani dirinya ketika melalui tempoh kehamilan sehingga selepas melahirkan anak.
Intan berkata Ahmad Azraf sentiasa berada di sisi ketika dirinya berada dalam keadaan paling rapuh, termasuk sewaktu berada di dewan bedah dan melalui fasa selepas bersalin.
“Perkahwinan Bukan Sekadar Hari-Hari Yang Baik”
Dalam pada itu, Intan menyifatkan perkahwinan bukan sekadar mengenai kebahagiaan ketika melalui hari-hari yang baik, sebaliknya tentang dua individu yang terus memilih untuk menjaga satu sama lain dalam setiap keadaan.
Terima kasih untuk tiga tahun yang sangat indah ni, sayang. Saya sayang sayang, hari ini, esok dan selamanya. Selamat ulang tahun perkahwinan buat kita.
Ucapan tersebut memperlihatkan penghargaan Intan terhadap suaminya yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang perjalanan mereka sebagai pasangan suami isteri dan ibu bapa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Sikit-Sikit Tayang, Slay Sangat Ke?" - Ramai 'Mengucap' Lihat Pemakaian Anak Azhar Sulaiman
The post “Terima Kasih Untuk Tiga Tahun Ini” – Intan Najuwa first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





