Kajian Mardi Sahkan Beras Putih Tempatan Dicampur Dengan Beras Import

LocalPolitics
26 Feb 2025 • 3:22 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sebelum ini, isu mengenai beras putih tempatan (BPT) tiada dipasaran telah menjadi bualan hangat.

Malah terdapat beberapa peniaga atau pasar raya tidak memperoleh bekalan BPT.

Pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) juga telah menjalankan rombakan stratergi seperti mewujudkan peraturan baharu untuk larangan campuran BPT dan juga beras putih import (BPI).

Kerajaan kemudiannya memberi jaminan stok beras tempatan tidak akan hilang di pasaran.

MARDI dedah ada pihak campurkan beras putih tempatan dengan beras putih import

Terbaharu, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah mengesahkan terdapat pengilang yang tidak bertanggungjawab apabila mencampurkan BPT dengan beras import dipercayai untuk mengaut keuntungan lebih tinggi.

Kajian itu dilakukan pihak MARDI terhadap lebih daripada 5,000 sampel butir beras yang dijual sebagai BPI.

40-50% daripada sampel beras import ada DNA beras tempatan

Analisis mendapati sekitar 40% hingga 50% dari sampel berkenaan terdapat asid deoksiribonukleik (DNA) kepada beras tempatan.

Jelas Pegawai Penyelidikan Kanan Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi Mardi, Mohd Shahril Ab Razak keputusan tersebut dimiliki menerusi teknologi pencapjarian DNA.

Ini sekaligus, menjawab spekulasi yang beras tempatan telah dicampur dalam pek beras import yang dijual di pasaran.

“Analisis ini dilakukan susulan penubuhan Task Force Operasi Bersepadu Beras Putih Tempatan bagi mengenalpasti ke mana hilangnya beras putih tempatan

“Pihak Kawalselia Beras dan Padi (Bernas) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyerbu kilang beras seluruh negara dan menghantar 55 paket beras import kepada Mardi.

“Analisis dijalankan antara September 2023 sehingga Mac 2024, mendapati 40 sehingga 50% daripada lebih 5,000 sampel butir beras terbabit mengandungi beras tempatan termasuk varieti MR297,” ujarnya, lapor Harian Metro.

Terdahalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) juga ada mendedahkan bahawa pihaknya mendapat aduan berhubung BPT dicampur dengan beras import oleh pihak yang tak bertanggungjawab.

Laporan kajian sudah dihantar kepada pihak berkuasa

Kata Mohd Shahril lagi, laporan mengenai hasil kajian serta bukti mengenai percampuran beras tersebut juga telah dihantar kepada pihak berkuasa.

“Sebagaimana Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (Datuk Seri Mohamad Sabu) sebutkan sebelum ini, di bawah BERNAS, kita tiada akta yang melarang campur padi tempatan dan import.

“Yang ada adalah peraturan yang berkaitan dengan campur beras hancur.

“Jadi, beliau (Mohamad) minta kita (Mardi) sama-sama buat peraturan baru untuk menyelesaikan isu ini.”

Ada Pencapjarian DNA lebih 50 vareti padi untuk mengetahui sumber asal beras

Memetik laporan Sinar Harian, Sharil juga memaklumkan pusat penyelidikan terbabit mempunyai profil rujukan capjari DNA untuk kebanyakan tanaman dan ini termasuklah lebih dari 50 varieti padi.

“Teknologi pencapjarian DNA ini mampu mengesan vareti dan sumber asal beras dengan bukti saintifik.

“Setiap sampel beras di dalam kampit dibahagi kepada tiga bahagian iaitu atas, tengah dan bawah dan diambil secara rawak. Ia kemudiannya melalui proses pengekstrakan DNA dan kawalan kualiti.

“Analisis penskoran pula dijalankan menggunakan perisian GneMapper5/Typer4,” jelasnya lagi.

Source: