Kajian Pusat Angkasa dimuktamad masa terdekat

LocalSpace
25 Jan 2025 • 12:11 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

MEMBAKUT: Pusat Angkasa Negeri Sabah yang bakal berfungsi sebagai landasan pelancaran satelit akan diwujudkan di Sabah sekiranya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa badan angkasa antarabangsa.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Datuk Dr Ariffin Arif berkata, usaha ke arah itu kini dalam proses kajian oleh pihak dilantik dan dijangka dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Pusat Angkasa ini ketika ini dalam kajian membabitkan pelbagai aspek mengikut keperluan ditetapkan dan kita menunggu keputusan akhir kajian, selepas itu akan dibawa ke KSTI untuk dimurnikan.

“Kemudian kita akan kemukakan hasil kajian ini ke kabinet Negeri Sabah untuk ulasan dan pertimbangan dalam tahun ini, sebelum dibawa ke kementerian bertanggungjawab di peringkat pusat,” katanya.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mobile Exhibition “Experiencing Science: Enlightening Innovation” di Dewan Kesenian di Pekan Membakut, di sini.

Hadir sama Setiausaha Tetap KSTI, Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim dan Pegawai Daerah Membakut, Ibrahim Terki.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Ariffin, yang juga Exco Pendidikan berkata, sekiranya direalisasikan, Pusat Angkasa Negeri Sabah itu bakal menjadi yang pertama bukan saja di Malaysia tetapi juga di peringkat Asean.

Malah, katanya, pusat berkenaan juga akan terlibat dalam pelbagai bidang aero-angkasa antaranya logistik dan pemasangan satelit membabitkan lebih 300 produk berasaskan industri angkasa.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Pada masa sama katanya, Pusat Angkasa Negeri Sabah itu dijangka mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkaitan industri angkasa khususnya kepada anak tempatan.

“Pusat Angkasa Negeri ini berfungsi sebagai tempat melancarkan roket satelit, bukannya mahu naik ke bulan, justeru ini adalah industri besar malah lebih besar daripada sektor minyak dan gas.

“Sudah tentu industri ini akan buka peluang pekerjaan khususnya di kalangan anak-anak tempatan termasuk perniagaan, sewajarnya kita ambil peluang ini dengan memperkasa bidang sains dan teknologi di Sabah,” katanya.

Sementara itu, Mohd Hanafiah berkata, Sabah dipilih untuk kajian bagi pusat pelancaran satelit kerana kedudukannya strategik dan dekat dengan garisan khatulistiwa yang menjadi aspek penting bagi pelancaran satelit.

Katanya, potensi khas dimiliki itu menjadikan kos pelancaran satelit di Sabah jauh lebih murah seterusnya akan menjana pendapatan pasif yang amat besar kepada negeri ini.

“Landasan pelancaran satelit di seluruh dunia ketika ini sesak, maka satu lokasi baharu diperlukan dan Sabah dilihat oleh pihak pakar sebagai lokasi paling strategik serta menjimatkan kos.

“Landasan ini memang banyak malah lokasi baharu juga banyak di seluruh dunia namun tidak dapat saingi keistimewaan lokasi di Sabah yang strategik, dekat dan kos operasi yang jauh lebih murah,” katanya, yang enggan mendedahkan lokasi terbabit.

Mohd Hanafiah berkata, pihaknya juga bercadang membina Taman Perindustrian Aero-Angkasa (TPAA) bagi memenuhi semua keperluan dalam bidang pelancaran satelit, jika projek itu direalisasikan.

Ini kerana, katanya, selain menjadi lokasi pelancaran satelit, ia turut memberi sumber pendapatan kepada banyak industri seperti bidang lojistik bagi pengangkutan material satelit.

“Dalam lima tahun pertama, banyak keperluan untuk menyempurnakan landasan pelancaran antaranya lojistik kapal laut pengangkut untuk membawa sebarang material satelit.

“Selepas itu, kita akan buat rangkaian macam Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) yang kita panggil TPAA bagi memenuhi semua keperluan ekosistem dalam industri angkasa,” katanya.