Kak KM Beli Rumah Untuk Setiap Anak, Netizen Kagum - “Yang Ni Serius Respek, Bab Family Memang Perfect Dia Jaga”

2 Feb 2025 • 10:59 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Usahawan sensasi, Kak KM menjadi perhatian netizen selepas membeli sebuah rumah buat anak ketiganya, Rania.
 

Rumah untuk anak

Momen gembira itu dikongsi sendiri oleh Kak KM menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya.


 

“Rumah baby,” tulisnya ringkas beserta emoji berbentuk hati.

 


Video tersebut juga turut merakamkan Kak KM bersama suami dan anak-anak begitu teruja sebaik sahaja memasuki rumah tersebut dan meninjau keadaan di dalamnya.


Kagum cara Kak KM jaga keluarga

Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata netizen memuji Kak KM kerana menyediakan rumah buat anak-anaknya.


 


Malah mereka juga turut menyatakan rasa kagum dan respek dengan cara Kak KM menghargai setiap anak-anak mereka.


 


Antara komen yang diterima:


image is not available


 


Berikut merupakan video penuh Kak KM.

 


Untuk info, sebelum ini Kak KM pernah berkongsi momen ketika membelikan rumah buat anak sulungnya, Nabila dan anak kedua, Faris.